Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 April 2014

Hudud semakin hampir jadi kenyataan - mantan MB Nik Aziz Nik Mat @UMonline


NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.

"Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.

"Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.

"Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.


http://m.utusan.com.my/Politik/20140430/po_01/Hudud-semakin-hampir-jadi-kenyataan

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate