Pengikut Blog Panglima

04 Mei 2014

Hanipa Maidin Jawab Balas Kenyataan Dr Farouq Tolak Hadis Untuk Tolak Hudud PAS

Ulasan YB Mohd Hanipa Maidin yg merupakan salah seorang ahli panel di dalam Forum Hudud yg diadakan di Chinese Assembly Hall pada 2 Mei 2014 :

"Perkataan ramai ahli pas tolak laksana hudud di kelantan bukan ucapan saya.
Sejak dari awal saya sedar penelist dan audience yang datang adalah hostile kepada hudud..sebenarnya hujah yang mereka kemukakan bukanlah benda baru..memang sukar untuk menjawab dalam masa 15 minit tentang isu yanh dibangkitkan oleh dr farouk ..sebagai contoh dia bawa hujah hukum rejam tidak ada dalam al quran dan apabila saya jawab hukum rejam ini ada dalam quran tapi tilawahnya telah dinasakhkan dan saya kata kita kena faham isu nasakh dan mansukh kerana ini melibatkan ulum al quran..dan apabila saya kata hukum rejam ada dalam hadith berdasarkan kes maiz dan ghamidiyyah dr farouk kata ..hadith hanya bersifat dzanni tak boleh guna kerana kita hanya kena ikut al quran..pada masa itu saya ambil pendekatan al quran..sekiranya orang jahil bercakap kita kata saya salam lah pada dia...

Audience kebanyakan bukan Islam maka meskipun kita boleh jawab hujah dr farouk dari perspektif Islam namun audience mungkin tak akan faham apa yang nak didebatkan jadi saya rasa ia tak akan memberi apa apa manfaat pada audience.

My prime aim semalam adalah membawa mesej ini..bahawa anda ( audience ) perlu memahami bahawa kami orang Islam dan Pas x boleh lari dari hudud kerana ianya undang undang Allah ( divine law ) tapi dalam masa yang sama kami juga membawa hudud ke dalam masyarakat melalui saluran demokrasi iaitu kami tidak keluar dari prinsip demokrasi. Demokrasi mengenai rakyat..memandangkan rakyat kelantan sokong Pas meskipun kami bawa hudud maka demokrasi menuntut mana mana orang menghormati hak rakyat kelantan..

Dr Farouk cuba menyatakan kononnya Pas cuba diamkam pendapat golongan yang menentang hudud..saya jawab kewujudan forum semalam menunjukkan kita tak mendiamkan sesiapa kita sanggup dengar dan berbahas malahan saya kata kita bukan sahaja tak diamkan orang menentang hudud malahan kita juga benarkan kawan2 kita dalam Pakatan Rakyat buat bising mengenai hudud.

Dr Farouk juga kata orang Pas suka menghukum orang yang tentang hudud keluar dari islam..saya kata saya hormati pandangan beliau yang tak setuju hudud kerana kata kita menghormati hak kebebasan bersuara dalam demokrasi dan saya kata " i am not going to judge you for what you have said..because I believe in democracy we have to respect a good opinion as well as a lousy opinion..in democracy, as pointed out by one of the indian judges we are not supposed to sing the same song..

Bila Dr Farouk bangkitkan isu rejam kepada penzina dia semacam tolak hukum rejam ke atas penzina muhsan yang bersumber dari hadith atau al sunnah..ketika itu saya ingin menyatakan kepada dia ( tapi x sempat kerana faktor masa ) kita bincang isu hudud on the basis you and I terima bahawa sumber utama undang2 islam adalah al Quran dan alHadith tapi jika kamu x terima al hadith sebagai sumber perundangan Islam I think our debate should not be on hudud sebaliknya our debate should be on whether alhadith sebagai sumber perundangan Islam atau tidak?"

Sumber : rakan whatsapp


Panglima : inilah bila berlainan pegangan agama dan mazhab cuba menjatuhkan kerajaan Ahli Sunnah Wal Jamaah atas pakatan tidak sah.

Semuanya akan berakhir dengan kekeliruan demi kekeliruan bukan kepuasan kepada jawapan yang diutarakan.

Setinggi mana tohmahan kepada kerajaan sedia ada sekarang belum tentunya pakatan boleh menjadi lebih baik dari itu.

Lihat di Selangor tidak mustahil status negeri maju akan menjadi mundur jika krisis air gagal ditangani dengan cepat oleh pimpinan Pakatan yang mentadbirnya.

Dr Farouq ini didakwa penyokong kuat Anwar Ibrahim yang mesra dengan geng Islam Liberal.

Kita tunggu berapa lama pakatan tidak berdaftar ini mampu bertahan.

Sent from my iPhone
Catat Ulasan