Pengikut Blog Panglima

24 Mei 2014

Kenyataan Media Naib Presiden Umno DS @Zahid_Hamidi Berhubung Kenyataan 'Umno Celaka' Rayer Adun DAP


1.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rayer adalah kenyataan berbaur kebencian.

2.Dalam negara demokrasi, kita boleh berbeda pendapat dan pegangan tapi jika kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggunakan perkataan yang jijik maka anggapan kepada orang yang menggunakan perkataan itu adalah tidak matang, tidak bertamadun, dan tidak menghormati orag lain.

3.Bagaimana orang lain hendak menghormatinya jika orang itu juga tidak menghormati orang lain.

4.Bagaimana mereka yang mewakili parti itu mengharapkan hendak dihormati, sedangkan orang itu tidak belajar menghormati orang lain.

5.Hal yang dilakukan Pemuda UMNO merupakan manifestasi api kemarahan yg diperlihatkan oleh pemimpin muda dalam UMNO dan tentunya rasa terhiris ini merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakan.

6.Saya ingin mengingatkan pemimpin parti yang berbeda, hormatilah parti lain dan jangan gunakan sebarang perkataan yg boleh menghiris perasaan mana-mana parti dan saya khuatir harga yang mahal terpaksa dibayar jika tersalah menggunakan perkataan seperti yang digunakan YB Rayer.

www.zahidhamidi.com
Catat Ulasan