Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mei 2014

myMetro | ‘Nilai sendiri calon, bukan lihat rupa’ - Naib Presiden @Zahid_Hamidi

Teluk Intan: "Ini bukan pertandingan ratu cantik atau pertandingan badan cantik, tetapi ini membabitkan masa depan penduduk di Teluk Intan dan disebabkan itulah Barisan Nasional (BN) memilih Datuk Mah Siew Keong kerana yakin beliau mampu membawa perubahan untuk kawasan Parlimen Teluk Intan.

"Pengundi harus buka mata serta menilai sendiri kebolehan calon dan bukan hanya melihat rupa, sebaliknya memilih calon yang boleh membantu kepada kemajuan kawasan itu termasuk membawa suara pengundi ke peringkat atasan," kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang mendakwa BN sudah ketandusan calon muda hingga terpaksa memilih calon kitar semula bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Menurutnya, walaupun calon diletakkan DAP adalah calon muda, namun dia bukan penduduk Teluk Intan dan tidak mengetahui selok-belok serta apa yang diinginkan pengundi berbanding calon BN yang sudah terbukti pernah memberikan khidmat terbaik di kawasan itu bukan saja kepada pengundi Cina, malah juga kaum lain.

Katanya, beliau yakin BN akan dapat merampas semula kerusi berkenaan berdasarkan 'trend' dan analisis dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, baru-baru ini yang melihat pembangkang sudah ketandusan isu hingga terpaksa membangkitkan semula isu hudud bagi meraih semula sokongan pengundi Melayu.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014052001474320140520014743/MA/Article/index_html


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate