Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Jun 2014

Artikel : UMNO yang lahirkan PAS ?

UMNO Yang Lahirkan PAS ?


Pandangan saya Umno lah yang menghasilkan ramai agamawan. Hingga memastikan agama dipertingkatkan kefahamannya berbanding masa lalu.


Lihat sekolah tahfiz atau Universiti yang ada fakulti Islam ramai telah berjaya berkhidmat kepada masyarakat namun tidak menyertai parti PAS !


Semenjak Merdeka lagi Umno teguh mempertahan Islam dan mengamalkan Islam dalam perjuangan dan majlis dianjurkan.


Lihat sambutan kemerdekaan turut diselit azan yang memberi simbolik bahawa detik bersejarah tersebut tetap diisi dengan perkara yang mengingatkan kita kepada Allah Yang Maha Esa.


Ramai kalangan ustaz yang tetap menyokong kerajaan dalam diam tanpa menzahirkan sokongan dan hanya sedikit yang menyokong pembangkang namun digemburkan seperti semua agamawan menyokong 'kesesatan' yang mereka perjuangkan.




Jika semua pelajar agama memandang Pas sahaja wadah sudah tentu tidak ada ustaz dalam Umno hari ini.


Namun kita sudah lama mempunyai ustaz yang hebat seperti Ustaz Dr Asyraf Wajdi Pengerusi YADIM, Ustaz Fathul Bari CEO ILMU, Ustaz Datuk Najmi bekas YADIM kini bertugas di ILMU ( Janda Baik ) dan ramai lagi termasuk Datuk Alwi Ketereh.


Dulu juga kita ada Datuk Nakhaie, Datuk Dusuki, Datuk Dr Yusuf Noor dan Allahyarham Datuk Abdul Hamid Othman.


Paling jelas Menteri jaga JAKIM Datuk Seri Jamil Khir adalah seorang ustaz yang popular sebelum beliau dilantik menjadi Menteri. Selain Dr Mashitah.


Tugas kita sekarang ialah untuk mengembalikan kedudukan agamawan agar diletakkan di tengah masyarakat untuk menyatukan antara dua pihak. Dengan mempromosi mereka ke tengah masyarakat.


Penganjuran Majlis Selawat di serata ceruk tanah air merupakan usaha yang boleh dipuji. Kerana ulama disatukan dengan Umara bersama rakyat.


produk yang baik sekalipun jika tidak diberi promosi yang betul juga akan gagal di pasaran.


Kerana itu ramai berbalah hanya kerana perkara yang mudah diselesaikan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah namun begitu sukar diselesaikan kerana keegoan mereka yang mengatasi kebijaksanaan.


Jika Ulama dihormati dijadikan rujukan tentu ahli mana mana parti akan ikut cakapnya dan dapat memelihara ummah dari berpecah.


Kerosakan paling bahaya dan besar hari ini  ialah bila agamawan mengejar jawatan dengan memusing fakta Tuhan turunkan. Yang turut dirakam kisah sebegini di dalam Al Quran yang menceritakan tentang segelintir ahli kitab yang sanggup mengubah ayat-ayat Allah demi dunia.


Kenapa Ulama menjadi rosak ? Kerana mereka telah disuntik dengan fahaman kononnya Daulah Islam perlu dibina. Melalui usrah Ikhwanul Muslimin.


Dari sinilah yang melahirkan kadet PAS yang ramai mendapat tajaan kerajaan belajar di luar negara. Walau ada yang kembali insaf namun ada juga yang kekal dengan pegangan bahawa hanya PAS sahaja Islam dan memperjuang Islam.


Sikap ikhwan yang radikal juga kerana elemen Salafi wahabi yang meresap menjadikan sikap keras dan biadap menjadi budaya perjuangan. Tidak ubah seperti khwarij zaman Nabi saw.


Kerana itu apabila mereka berkampung membuat rusuhan membina khemah atas jalan di bandar Rabaah, Kaherah hingga menyusahkan rakyat dan mengganggu keamanan dengan melancarkan serangan, akhirnya tentera Mesir telah membanteras hingga ramai yang telah menjadi korban akibat kesilapan pemahaman Islam. Selepas puas amaran diberikan dan perintah bersurai dikeluarkan. 


Asal perjuangan Imam Hassan al Banna sangat baik namun berubah bila beberapa lapis kepimpinan selepas itu berubah arah perjuangan dan mazhab agama yang mereka amalkan. 


Pendekatan Ala Salafi wahabi menjadikan IKhwanul Muslimin di Mesir mengkafirkan orang lain, melancar serangan dan mula bergiat dalam politik melalui pilihanraya. 


Maka mereka inilah yang didorong untuk memikirkan kewajipan berjuang juga bergantung atas bahu ulama untuk mendapatkan kuasa. Walhal tugas Ulama bukan merampas kuasa Umara bahkan menjadi penasihat Umara seperti dilakukan ulama zaman silam. Tanpa merosakkan ajaran Allah dalam memberi nasihat kepada Umara.


Apa yang terjadi ialah kuasa dikejar dengan pelbagai cara termasuk mengadu domba, menfitnah, merasuah, menipu dan sebagainya hingga kalimah Allah juga telah menjadi mangsa kerakusan politik mereka.



Sekali lagi saya ingin tegaskan Umnolah yang menghasilkan Ulama dan ahli agama dan pada masa yang sama telah menggunakan nasihat ulama. 


Perlaksanaan hukum qisas dan takzir sudah lama dilaksana oleh Malaysia hasil dari nasihat yang disampaikan oleh Ulama dan dilaksana Umara.



Akhir kata, Ustaz-ustaz yang ada di negara patut berganding bahu dengan Umara bukan berseteru dengan mereka. Ulama akan ditanya apakah dakwah mereka dan ke mana ilmu yang disampaikan.


Demi kepentingan rakyat dan demi untuk Islam, Raja dan Negara ayuh kita bersatu bukan berseteru.





Panglima Perang Cyber

Penembak-Tepat.Blogspot.Com


Selasa 17.6.2014



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate