Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Jun 2014

Kosmo! Online - Esscom perlu pertingkat risikan dengan Filipina - Zahid Hamidi


TERKINI

16/06/2014 3:24pm

KUALA LUMPUR - Kawalan di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) bukan hanya bergantung kepada aset dan keanggotaannya sahaja, malah ia perlu melibatkan kerjasama dari segi risikan dengan Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan Esscom tidak patut dipertikaikan, namun ia perlu meningkatkan tahap risikan dengan negara berkenaan bagi mengelak sebarang jenayah di kawasan itu.

"Kita tidak sepatutnya bergantung kepada aset dan peralatan sahaja namun kita perlu mempertingkatkan rangkaian risikan dengan kerajaan Filipina.

"Usaha juga telah dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan pasukan keselamatan memantau pergerakan penceroboh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y. Yun di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kejadian penculikan terbaru di Kunak, Semporna, Sabah tengah malam tadi membabitkan dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk, yang dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz34qm9qMY7 
Hakcipta terpelihara 



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate