Pengikut Blog Panglima

21 Jun 2014

BLOG SHEIKHKU: SUNAT BERDIRI KETIKA SELAWAT ATAS RASULILLAH S.A.W


Ramai menolak hujah berdiri ketika selawat. Termasuk Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang mengakuinya dalam satu video bersama Ustaz Azhar Idrus http://youtu.be/y-BLSs8SrD0

Kebanyakan wahabi memang menolak berdiri dengan alasan seperti disebut Nik Azizi dalam  video tersebut.

Bagi memberi kefahaman sebenar disalin semula keterangan blog Sheikhku di bawah untuk panduan semua pihak.

Harap jangan biarkan fahaman baru seperti wahabi merosakkan akidah dan fahaman kita walaupun ia adalah tanda kiamat di mana umat hari ini akan mengutuk ulama sebelumnya.

Selamat membaca dan mohon sebarkannya.


Disunatkan berdiri ketika dibaca kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan berdiri menunjukkan di atas membesarkan baginda, termasuk di dalam nas Al-Quran yang kami sebutkan dahulu. Telah berdiri Imam Subki bersama-sama orang ramai di Majlis Maulidur Rasul ketika kisah kelahiran baginda dibacakan. Ulama' Ahli Sunnah mengatakan sunat dan elok perbuatan ini. Cara membesar dan memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. semasa hayat baginda atau wafatnya, samada dengan hati atau lisan seperti berselawat, puji-pujian atau dengan perbuatan iaitu berdiri. 

Telah disepakati pada adat orang ramai bahawa berdiri itu bertujuan membesarkan seseorang. Adapun Fatwa al-Allamah Imam Abu Saud yang mengkafirkan mereka yang tidak berdiri ketika orang ramai berdiri pada Majlis Maulidur Rasul , sekiranya mereka meninggalkan berdiri kerana menghinakan Nabi Muhammad s.a.w. atau mengingkari hukum membesarkan baginda. Berkata Imam Nawawi, "Disunatkan berdiri kepada orang yang hadir iaitu daripada ahli kelebihan dan kemuliaan, sesungguhnya datang hadis-hadis sebagai hujah padanya……." 

Diriwayatkan daripada Said al-Khudri, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, " Berdirilah kamu kepada penghulu kamu" ( iaitu Saad Ibnu Muaz yang hadir kepada sahabat ), lalu ia datang dan duduk kepada Rasulullah s.a.w. ( Riwayat Abu Daud ). Perbuatan berdiri dalam hadis ini adalah kerana memuliakan Saad, bukan kerana hendak menurunkan Saad yang sakit daripada tunggangannya. Jika berdiri kepada Saad disebabkan keuzurannya , nescaya nabi berkata dengan lafaz, "Berdirilah kepada orang yang sakit daripada kamu", dan tidaklah perlu nabi menyuruh sekalian sahabat bahkan memadai seorang dua shaja bagi memapahnya. 

Dikeluarkan Abu Daud daripada Abu Hurairah, "Adalah nabi bercakap dengan kami, apabila baginda berdiri, lalu kami pun berdiri kepadanya hingga kami melihat ia memasuki rumahnya." Adapun berdiri yang dilarang dalam beberapa hadis, adalah berdiri yang lahir daripada sifat takabbur atau larangan itu kerana tawaduk nabi. Disunatkan berdiri tersebut semata-mata kerana perbuatan berdiri termasuk daripada membesarkan nabi, samada hadir Roh Nabi di dalam Majlis Maulidur Rasul ataupun tidak. Ketahuilah ! Roh Nabi dan orang mukmin boleh pergi ke mana sahaja yang dikehendakinya dan harus dapat berjumpa dan melihatnya. 

Sabit pada hadis sahih bahawa berhimpun nabi Muhammad s.a.w dengan para nabi di Baitul Maqdis dan di langit pada kisah Isra' dan Mikraj. 

Daripada Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w melihat Nabi Musa dan Nabi Yunus menunaikan haji sambil mengucapkan 'talbiah'. 

Didalam Sahih Bukhari, bahawa sesetengah sahabat dilihat bersembahyang di dalam masjid selepas meninggal dunia. 

Daripada abu Hurairah, Nabi Bersabda, "Sesiapa melihatku didalam mimpinya, nescaya ia akan melihat aku ketika jaga ( tidak bermimpi ) dan syaitan tidak boleh berupa dengan rupaku." ( Bukhari dan Muslim ) Berkata Imam Sayuti, "Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka bumi dan alam malakut…." Meriwayat Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Abi Dunia daripada Salman Al-Farisi, "Bahawa roh orang mukmin berada di barzah di dalam dunia, boleh pergi ke mana-mana yang dikehendakinya."



Sent from my iPhone
Catat Ulasan