Pengikut Blog Panglima

02 Jun 2014

Dua coklat Cadbury sah tiada DNA babi - @dsjamilkhir



KUALA LUMPUR 2 Jun - Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini selepas keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

"Dua produk itu dikesan tiada DNA babi selepas ujian terhadap sampel dari kumpulan yang sama yang diambil terus dari kilang syarikat itu, dijalankan.

"Keputusan yang dimaklukan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) - Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140602/dn_25/Dua-coklat-Cadbury-sah-tiada-DNA-babi#ixzz33SiEfhKn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Catat Ulasan