Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Julai 2014

Cucu Tok Selampit Dedah Tengku Muda Selangor Difitnah Murtad - Serangan Ke Atas Institusi Di-Raja Kerna Krisis Bini @Anwaribrahim Diumum Jadi Ketua



Tidaklah menjadi satu perkara yang pelik bilamana fitnah Tengku Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad telah disiarkan di sebuah laman web, World News Daily Report. Dalam keadaan Kerajaan Negeri Selangor sekarang mengalami krisis kepimpinan, mungkin ada pihak yang gilakan jawatan Menteri Besar Selangor akan sanggup menghina DYMM Sultan Selangor dan anakanda Baginda.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini mungkin akan melakukan apa sahaja dalam modes operandi serangan kredibiliti terhadap Institusi Kesultanan Selangor. Ini termasuklah mempertikai kuasa Sultan sehinggalah berkemungkinan sanggup melakukan fitnah. Adakah ini merupakan satu 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move'?

Posting berkenaan sudah tidak dapat diakses pagi ini. Laporan palsu Tengku Muda Selangor, Tengku Muda Selangor 'berhasrat hendak murtad' adalah disebabkan hendak berkahwin dengan Martina Gomez, seorang supermodel Sepanyol, kononnya. Sedikit carian yang dilakukan melalui Google, Martina Gomez yang kononnya supermodel langsung tiada berita dan gambar di mana-mana. Logikkah? Nampak sangat fitnah.


Ini gambar yang dikirimkan oleh rakan satu pejabat dengan CTS. Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Muda, Tengku Amir Shah, baru semalam berbuka puasa, bersembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawikh di Masjid Kampung Asam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor. Berdasarkan sumber pihak Istana, Tengku Muda Selangor akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong, hari ini bersemperna Hari Pahlawan.

Baginda Sultan Selangor amat murka dengan fitnah yang dikeluarkan dan telah berhubung dengan Ketua Polis Negara untuk mengadakan siasatan segera. Baginda Sultan Selangor juga diberitakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan fitnah.


http://khairulryezal.blogspot.com/2014/07/tengku-muda-selangor-difitnah-murtad.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate