Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2014

Jangan Terpedaya Papan Tanda Gergasi Promosi Skim Cepat Kaya di Pulau Pinang


Dua hari lepas nampak papan tanda di bawah di Pulau Pinang lepas Jambatan dan diberitahu rakan yang membawa panglima bahawa orang ini tidak boleh dipercaya.

Harap berita di bawah dapat menyedarkan kita bahaya orang ini.

orang kaya


PETALING JAYA: Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia?

Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.

Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia.

Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara.

Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan.
Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini.

Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid.

Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia.

Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini.

Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.

Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian.

"Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli. Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini.

Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Selangor Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu.


http://peraktoday.com.my/?p=194301


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate