Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2014

Guru sebar video memalukan murid perlu diambil tindakan oleh KPM cc @MuhyiddinYassin


Menurut rakan blogger Harapan Baru yang merupakan seorang yang mempunyai hubungan dekat dengan pendidikan menulis tentang video pelajar yang dirakam oleh guru beliau kini malu kerana diejek rakannya sendiri.

"Susulan tersebarnya video Buku Boleh Belacan Boleh yang menjadi viral di Facebook..adik Syafikah kini berasa malu untuk keluar ke rumah..adik Syafikah kini diejek rakan atas tersebarnya video tersebut..."

Link:

http://harapan-esok.blogspot.com/2014/07/pelajar-jawab-buku-boleh-belacan-boleh.html?m=1

Jika benar rasanya guru terbabit perlu meminta maaf dan memastikan video tersebut dibuang oleh semua yang menerimanya!

Etika sebagai guru sudah hancur bila menjadikan kelemahan anak muridnya sebagai bahan jenaka.

Kecanggihan teknologi jangan dijadikan peluang untuk menzahirkan kelemahan anak muridnya dan menyebarkannya kepada orang lain.

Guru sebegini perlu dikenakan tindakan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate