Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Ogos 2014

Hanya 800 Syarikat Kawalan Keselamatan Dibenar Beroperasi - Ahmad @Zahid_Hamidi | mStar


Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan hanya 800 syarikat kawalan keselamatan sahaja dibenarkan beroperasi di seluruh negara berkuat kuasa, Jumaat.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan itu dibuat bagi mengehadkan bilangan syarikat kawalan keselamatan itu selain mengelak persaingan tidak sihat.

"Jika ada syarikat dibatal lesennya, barulah ada kelulusan kepada permohonan baharu untuk syarikat kawalan (keselamatan).

"Lesen baharu yang dikeluarkan hanya menggantikan lesen lama yang dibatalkan dan penetapan (kuota 800) ini akan berjalan selama lima tahun," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata KDN menahan 693 pengawal keselamatan warga asing haram dan membatalkan lesen sembilan syarikat kawalan keselamatan setakat hari ini atas kesalahan melanggar Akta Agensi Persendirian 1971.

Sebanyak 33 syarikat kawalan keselamatan juga telah menerima surat amaran daripada KDN atas kesalahan yang sama.

"Mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal keselamatan warga asing haram diminta menghentikan perbuatan ini dengan serta merta atau berhadapan dengan tindakan pembatalan lesen oleh KDN," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak syarikat kawalan keselamatan melengah-lengahkan permohonan pembaharuan lesen setiap tahun, KDN juga menetapkan tarikh tutup proses pembaharuan lesen kawalan keselamatan bagi 2015 pada 31 Disember ini.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/29/ahmad-zahid-syarikat-keselamatan/


Gambar semasa program :





Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate