Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2014

MIC perlu bersuara penghinaan terbaru terhadap Islam oleh India di Facebook cc @NajibRazak @GPalanivel




image


1. MIC sudah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mempertahan agama kaum India dengan bersuara isu Shahul Hameed yang dirakam tanpa kebenaran dan dibuat dalam masjid bukan tempat awam. Meskipun beliau 'public figure' namun tindakan tetap dikenakan terhadap beliau, sama kepada mana-mana pihak yang didapati perlu disiasat atau ditahan. Bukti Polis buta warna dalam menegakkan undang-undang.

2. Untuk mengelakkan konflik PAS dilihat berusaha menjadi orang tengah dengan membuat majlis kenyataan media dihadiri Mujahid Rawa. Kerana didapati beliau merupakan ahli PAS meskipun Shahul sendiri kelihatan seperti keliru sejak bila beliau menjadi ahli PAS. Mungkin untuk mengelakkan undi INDIA lari maka cepat-cepat diadakan sidang media.

3. Jika hendak dikira banyak video untuk orang Islam dirakam dalam masjid dan menyentuh tentang agama lain. Adakah apabila membicarakan tentang ketuhanan maka kita tidak boleh menyentuh agama lain? Boleh namun ia perlu ditonton dengan sikap ingin mencari kebenaran bukan keburukan. Begitu juga kandungan yang dirasakan tidak sesuai perlu diminta keizinan penceramah untuk elak fitnah. Gurauan kadangkala dianggap sebagai kenyataan menjadikan suasana antara kaum semakin mendidih suhunya.

4, Yang dilarang oleh Islam ialah menghina Tuhan agama lain. Seperti diterangkan dalam Al Quran. Yang dibenar ialah mengkritik dengan hujjah konsep ketuhanan tanpa menghina agama lain apatah lagi mengatakan semua agama adalah betul seperti kehendak penganut Pluralisme.

5. Facebook Youtube Blog adalah medium antarabangsa yang boleh diakses seluruh dunia maka masyakarat dunia perlu difahamkan situasi Islam di Malaysia. Maka semua pihak perlu bijak mengatur perkataan agar tidak disalah faham dan digunakan untuk tujuan tidak sesuai dengan keadaan.

6. MIC diharap turut menjalankan tanggungjawab untuk menghebohkan sikap tidak betul orang India yang menghina agama Islam selepas mereka berjaya mendedahkan perkara yang menimbulkan kemarahan kaum India ekoran kenyataan Shahul Hameed dalam kuliahnya.

7. Jika MIC berani dan berjaya sudah tentu masyarakat akan tabik kepada mereka kerana terbukti bahawa mereka tidak hanya berjuang kerana agama kaum mereka apabila dihina tetapi turut menyerang sesiapa yang menghina agama Islam yang menjadi agama Persekutuan di Malaysia....

Kenyataan menghina agama Islam di Facebook yang dimaksudkan :

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate