Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 September 2014

Penulis Blog Direman Bantu Siasatan Hina Institusi DiRaja Dan Polis - Berita Mahkamah | mStar


Aktivis lelaki berusia 29 tahun (baju putih) dibawa keluar selepas pihak polis mendapat kebenaran Majistret Salina Omar untuk perintah reman selama tiga hari.

  (Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU:  Polis pada Rabu mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog. 

Majistret Salina Omar mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen4 (1)(a) Akta Hasutan 1948. 

Peguam lelaki berkenaan, New Sin Yew ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lelaki tersebut yang ditahan pada Selasa, di Shah Alam, Selangor diperlukan polis untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang dibuat menerusi blog berkenaan. 

Katanya, lelaki itu ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat orang awam pada 11 Jun 2013 mengenai blog berkenaan. 

"Polis memberi alasan perintah reman itu adalah bagi memberi masa untuk polis merakamkan keterangan, menguruskan barang kes serta mengesan rakan sekutu yang terbabit," katanya. 

Terdahulu, lelaki yang memakai baju T berwarna putih itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi anggota polis.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate