Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 September 2014

Teori : Cubaan Lantik @AzminAli - Idea Asal Wayang @Anwaribrahim Kaburi @DrWanAzizah ???



Sejak dahulu saya sudah memberitahu tentang hal ini. Andaian saya kemungkinan Azmin Ali yang mahu dilantik namun menggunakan terlebih dahulu nama Azizah agar rakyat dan pemimpin PKR tidak marah. 

Dengan mencadangkan Azizah maka Anwar sudah tahu beliau akan ditolak ramai pihak. Maka selepas diteliti kesan kepada perkara tersebut, sudah tentu Azmin akan naik secara automatik ke kerusi tersebut sesuai kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Maka sekaligus adik kesayangan Anwar ini akan selamat dari serangan menggila puak penyokong Khalid Ibrahim sekaligus melemahkan Khalid yang rapat dengan Azizah di dalam menentang Azmin.


Adakah anda nampak permainan ini ?

Selepas itu bila diacukan soalan berhubung spekulasi Azmin menjadi MB maka beliau akan menolaknya dengan pantas. Agar curiga tidak akan timbul. Dan wayang ini akan terus berlangsung hingga ke saat akhir sebelum angkat sumpah MB baru.

Pas juga sudah tentu tidak bermasalah mencadangkan nama Azmin namun tindakan tersebut akan menjadi titik punca kepada penolakan lebih besar penyokong PKR.

Dalam masa yang sama Azmin tentu seronok melihat Azizah juga tidak disokong oleh PAS kerana masalah kepimpinan parti yang teruk berbanding Azmin yang belum teruji lagi. Beliau juga dilihat pandai menjaga hubungan dengan Haji Hadi hingga dinamakan sebagai calon MB.

Apabila berlaku situasi tersebut maka Azizah akan musnah reputasinya dan tidak mustahil selepas menjadi MB Azmin akan terus diangkat naik menjadi Presiden PKR.

Kesetiaan Azmin tidak akan pudar dan percayalah apa yang berlaku ialah wayang tahap tertinggi Anwar untuk kaburi Azizah. Kerana itu tidak pelik bila Anwar kritik Khalid maka Azmin bangkit menyokong tindakan tersebut. 


Jangan pula pertikai kesetiaan Anwar kepada Azmin kerana mereka sudah lama bersama dalam susah dan senang hingga ramai mengaitkan isteri Azmin dengan Anwar walau ia belum diakui oleh mana-mana pihak terlibat akan kesahihannya.



Jika orang bertanya kenapa pula berlaku kekecohan dalam PAS ??? Ini kerana dengan melemahkan PAS maka PKR akan dominan dan DAP akan menurut kehendaknya tanpa banyak soal asalkan setia membantu bila melibatkan hak dan perjuangan Chauvanist Cina di Malaysia.

PAS juga sudah tidak diperlukan lagi kerana sudah ramai Melayu mula sertai DAP dan matlamat mencari pemimpin Melayu sudah berjaya dicapai oleh mereka.

Kita tunggu jawapan sebenar pada sidang media jam 4 petang berhubung krisis ini. Atau pagi esok menjelang angkat sumpah.


Beberapa fakta penting sejarah dendam Azmin vs Khalid untuk dirujuk isu ini :

1. Azmin berjaya rampas Pengerusi PKR Selangor dari Khalid pada 2010
3. Hantar memorandum kepada Khalid tidak puas hati perkembangan pembangunan Selangor pada Okt 2013
3. Kritik Khalid kerana naikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran selangor November 2013
4. Dipecat sebagai Ahli Lembaga PKNS pada Januari 2014

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate