Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Oktober 2014

@Saifuddinabd GMM Dikecam Jemput Ulil Abshar Tokoh Liberal Ke Malaysia @NajibRazak @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi



Ulil Abshar tokoh liberal melampau

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan didesak bertegas dengan mengarahkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) membatalkan segera diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini yang bakal dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, diskusi meja bulat anjuran bersama GMM dan Islamic Renaissance Front dengan menampilkan tokoh liberal melampau Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla tidak wajar diadakan kerana dikhuatiri boleh menggugat persoalan akidah.

Pada masa yang sama beliau menyeru Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah supaya lebih bertanggungjawab dan bukannya menggunakan badan itu sebagai platform untuk meraih populariti dalam kalangan orang muda dengan membawa ideologi politik baharu secara tidak tepat.

Menurutnya lagi, tindakan Saifuddin bersetuju membawa Ulil Abshar telah tersimpang jauh daripada idea asal penubuhan GMM yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesederhanaan yang diperjuangkan Perdana Menteri bukan bermaksud memperkenalkan Islam liberal.

"Ulil Abshar ini bukan sahaja tokoh liberal melampau tetapi juga merupakan penyokong kuat golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Beliau juga menyokong ajaran Ahmadiah yang difatwakan sebagai sesat bukan sahaja di Indonesia tetapi oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Malah Ulil Abshar juga pernah menyifatkan kejadian mukjizat Nabi Musa membelah laut sebagaimana diceritakan dalam al-Quran sebagai dongeng. Sedangkan al-Quran itu wahyu Allah yang wajib dipercayai. Apakah tokoh begini yang GMM mahu perkenalkan kepada rakyat Malaysia khususnya anak muda?.

"Kalaupun hendak meraih populariti dalam kalangan anak muda dan mahu memperkenalkan konsep politik baharu bukan begini caranya. Jangan kita membuka pintu-pintu kepada orang yang mahu menggugat persoalan akidah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain Ulil Abshar, ahli panel lain yang dijangka turut serta dalam diskusi meja bulat tersebut ialah Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Tajuddin Rosdi dan Dr. Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, beliau tidak boleh memahami atas asas apa Saifuddin dan GMM perlu membawa pemimpin liberal melampau ke Malaysia sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih layak untuk mengupas isu fundamental agama boleh diketengahkan.

Katanya, bagi membicarakan soal agama adalah penting tokoh tersebut mengikut ajaran Islam sebenar selain bersih dari segi moral dan bukannya seperti Ulil Abshar, yang terpalit dengan pelbagai skandal serta kontroversi sehingga menerima ugutan bunuh daripada masyarakat Indonesia.

"Sepatutnya Saifuddin serta GMM lebih cermat dan berhati-hati kerana ini berkait soal akidah disebabkan tokoh yang ditampilkan terlalu kontroversi. Kesederhanaan tidak bermaksud memberi kebebasan untuk kita bercakap sesuatu yang bertentangan dengan soal akidah," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141009/dn_05/Ulil-Abshar-tokoh-liberal-melampau#ixzz3FcorcTbb 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate