Pengikut Blog Panglima

09 Oktober 2014

Video - Bom Kedua Diletupkan @PDRMsia @Youtube cc @Zahid_Hamidi @NajibRazak






KDN serah pada polis siasat insiden letupan



Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH


PUTRAJAYA 9 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang awal pagi ini.


Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu yang telah menyebabkan seorang cedera parah dan 14 cedera. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141009/dn_22/KDN-serah-pada-polis-siasat-insiden-letupan#ixzz3FdHFr14P
© Utusan Melayu (M) Bhd



Letupan tiada kaitan dengan IS



KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis mengesahkan kejadian letupan bom di Bukit Bintang pagi ini tiada kaitan dengan militan Negara Islam (IS) tetapi lebih kepada jenayah bermotif dendam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika ditemui mengesahkan perkara itu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141009/je_09/Letupan-tiada-kaitan-dengan-IS#ixzz3FdJzJnUc
© Utusan Melayu (M) Bhd


Polis berjaya musnahkan bom yang ditemui

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Selepas hampir empat jam, polis berjaya memusnahkan sebutir bom yang ditemui di kawasan kejadian letupan di Bukit Bintang kira-kira pukul 12.35 tengah hari. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141009/je_10/Polis-berjaya-musnahkan-bom-yang-ditemui#ixzz3FdKVW6uL
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Letupan: Jangan buat spekulasi terhadap warga asing



KUALA LUMPUR 9 Okt. - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri atau menuduh warga asing terlibat dalam kejadian letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang, awal pagi ini.


``Mungkin insiden ini ada kaitan dengan persaingan perniagaan, antara kelab-kelab malam atau sebagainya. Saya sudah menerima laporan awal kejadian itu tetapi saya tidak dapat mendedahkan punca sebenar kejadian sehingga siasatan polis selesai,'' katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mengaitkan kejadian itu dengan penglibatan warga asing berdasarkan peningkatkan indeks kes jenayah di negara ini.


Namun, beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap 14 orang yang cedera dalam insiden itu, memberi jaminan bahawa pihak yang terlibat dalam kejadian letupan bom itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.


Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap. - BERNAMA

Catat Ulasan