Pengikut Blog Panglima

23 November 2014

ASWAJA Dukacita Jakim Sekat Syeikh Nuruddin Al Banjari @NajibRazak @Dsjamilkhir

Kenyataan Media

1. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini. Sekatan ini dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

2. Sheikh Nuruddin merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara ini. Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Syeikh Nuruddin terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka.

3. Sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Syeikh Nuruddin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan. Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya. Sekaligus berupaya utk mengelakkan fitnah terhadap Syeikh Nuruddin dan agensi agama di negara ini.

4. ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabiy, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.

5. ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berhara NGO's Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara.

Sekian terima kasih

Zamihan Mat Zin
Pertubuhan Ahli Sunnah Waj Jamaah Malaysia (ASWAJA).

23 November 2014


Panglima : sekatan terhadap beliau di TV Al Hijrah yang dilontarkan ramai pihak di media sosial perlu juga disiasat !!!


Sent from my iPhone
Catat Ulasan