Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2014

JENTAYUABAKA: TINDAKAN JAKIM SEKAT SHEIKH NURUDDIN SATU KESILAPAN BESAR, NAMA PERDANA MENTERI TURUT TERCALAR



Seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu Islam amat terkejut dengan tindakan pihak JAKIM menyekat pendakwah terkenal dari Nusantara Melayu Islam dan di negara-negara Arab iaitu Sheikh Nuruddin daripada berdakwah di TV dan di tempat yang lain di dalam negara Malaysia.

Saya yakin dan percaya perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang punya Sakit Jiwa seperti perasaan-perasaan cemburu, irihati, busuk hati dan pelbagai lagi penyakit hati. Mengapa seorang Ulama yang sekian lama menyampaikan ilmu dakwahnya di TV disekat selepas beliau mempunyai ramai pengikut, berjaya mendidik masyarakat seterusnya mengukuhkan lagi Aqidah Sunnah Waljamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia dan di Nusantara Melayu Islam ini.

Saya mendesak pihak JAKIM memperjelaskan satu persatu apakah bidaah-bidaah, apakah ajaran-ajaran sesat, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang dikatakan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara kita Malaysia. Setelah sekian lama beliau berdakwah, saya tidak nampak umat Islam di Malaysia menjadi huru-hara, sebaliknya rating TV Al-Hijrah semakin meningkat naik.

Janganlah kerana JAKIM dipenuhi khabarnya golongan yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah, maka sheikh yang terkenal dari Nusantara Melayu Islam ini menjadi mangsa kebodohan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan golongan muda di JAKIM yang baru setahun jagung di alam dakwah. 

Di akhir zaman ini, mereka yang baharu pulang belajar dari negara-negara Arab, India atau Pakistan apabila balik semula ke Malaysia mencetuskan perbalahan dan pergaduhan sesama mereka kaum agamawan. Menindas sesama mereka, memburuk-burukkan sesama mereka ahli agamawan, sungguh buruk perangai orang-orang agama yang suka memecahbelahkan seperti ini.

Kita amat memandang berat akan hal-hal yang berlaku di dalam JAKIM kerana nampak sangat jelas beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan konsep Wasatiyyah YAB Perdana Menteri. JAKIM tidak mendokong prinsip kesederhanaan yang dibawa oleh kepimpinan negara, malah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW juga tidak menjadi contoh kepada pihak JAKIM dalam mengendalikan isu ini.

Amat jelas, Sheikh Nuruddin bukannya seorang pengganas, jauh sekali daripada pengaruh IS atau ISIL dan sebagainya yang sedang berleluasa di negara-negara Arab. Juga sangat-sangat jelas, Sheikh Nuruddin bukan seorang Syiah yang sesat dan bukan seorang Wahabi yang menyesatkan.

Saya mendesak supaya JAKIM mengambil jalan tengah dan menghapuskan semula sekatan yang dikenakan ke atas Sheikh Nuruddin. Ini adalah suara rakyat dan suara majoriti umat Islam di Malaysia yang terpinga-pinga dan terkejut mengapa JAKIM menyekat usaha dakwah Islamiyyah yang dijalankan oleh Sheikh Nuruddin sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Umat Islam mahu YAB Perdana Menteri mengambil serius akan hal ini. Perkara ini juga telah menjejaskan nama baik YAB Perdana Menteri apabila umat Islam turut menyalahkan YAB Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan amukan telah dibuat ke atas YAB Perdana Menteri di dalam aplikasi Wassap, SMS, Facebook dan Tweeter. 

Yang jelas YAB Perdana Menteri tidak mengetahui hal ini, ianya adalah kesilapan besar golongan-golongan yang berpenyakit hati di dalam JAKIM.


http://www.al-azharrisiddiq.com/2014/11/tindakan-jakim-sekat-sheikh-nurrudin-ar.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate