Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Ahmad Zahid akan memberi fokus utama dalam evolusi dan perkembangan polis secara mendalam serta cabaran kepolisan secara global dalam perhimpunan dua hari itu.


"Upacara pembukaan berlang­sung Isnin (3 November) dan mesyuarat pada hari berikutnya dirasmikan oleh Putera Albert II dari Monaco dan Setiausaha Agung Interpol, Ronald K. Noble.

"Kita telah mendapat jemputan rasmi bagi menyampaikan ucaptama dan berkongsi pandangan berkaitan tema pada tahun ini," menurut kenyataan itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut dijadual menghadiri pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean bagi membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan kedua-dua negara selain langkah-langkah yang boleh diambil dalam isu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).


"Malaysia dan Singapura gembira dengan komitmen dan hubungan diplomatik sedia ada dan akan bekerjasama dalam isu ISIS," katanya.