Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Disember 2014

Indonesia Perlu Bekal Tenaga Kerja Terlatih - @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA #dszh




AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) diiringi Zahrain Mohamed Hashim (kanan)AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) diiringi Zahrain Mohamed Hashim (kanan) mengadakan pertemuan dengan Jusuf Kalla di Jakarta, Indonesia, semalam.


JAKARTA 3 Dis. – Kerajaan telah menyampaikan mesej yang jelas kepada Indonesia mengenai keperluan negara itu membekalkan sumber tenaga kerja yang terlatih pada masa hadapan bagi mengelak daripada tercetus masalah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesej tersebut dizahirkan beliau dalam pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Hanif Dhakiri dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Hamonangan Laoly.

Dalam pertemuan dengan ke­dua-dua menteri itu juga, Ahmad Zahid berkata, hasrat Malaysia ialah pada masa hadapan tenaga kerja dari negara itu diberi latihan yang teratur berdasarkan modul yang ditentukan pihak berkuasa.

Selain itu, beliau juga berkongsi dengan Indonesia mengenai kepen­tingan sistem pengendalian kemasukan pekerja asing yang lebih teratur.

"Alhamdulillah kerajaan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan kemasukan pekerja asing pada masa depan berdasarkan sistem yang lebih kemas dan teratur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla. Hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Pendirian yang sama turut disuarakan Ahmad Zahid kepada Jusuf yang menyambut baik usaha kerajaan Malaysia yang komited untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam hal ehwal pembekalan tenaga asing dari negara itu.

Kerajaan Malaysia, jelas Ahmad Zahid, telah membangunkan Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS) untuk mengendali proses kemasukan, pemantauan dan penguat kuasa ke atas pekerja asing.

"Kerajaan Indonesia memberitahu bahawa negara itu turut memiliki prosedur standard yang akan bekerjasama dengan sistem yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia," jelasnya.

Beliau memberitahu, sesudah menjalani latihan, setiap pekerja yang ingin masuk ke Malaysia juga harus diberikan sijil kelayakan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

"Latihan perlu diadakan di pusat latihan setempat di negara asal dan pekerja-pekerja itu juga perlu memiliki sijil yang sah dan diperakui bagi membolehkan mereka masuk ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata, keperluan pekerja asing dilatih di pusat latihan yang diiktiraf adalah bagi memudahkan pihak berkuasa Malaysia mengadakan pemantauan.

Pada masa sama, kerajaan Indonesia, kata Ahmad Zahid, menyedari bahawa masalah yang melibatkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia juga bertitik tolak pada ejen pekerja asing yang memanipulasi keadaan. "Mereka (kerajaan Indonesia) setuju permasalahan (TKI di Malaysia) timbul disebabkan ejen-ejen (pekerja asing) yang menipu pekerja yang dibawa masuk.

"Justeru, persefahaman dan kerjasama yang diadakan ini diharapkan akan menyelesaikan masalah TKI pada masa hadapan," katanya.

Ahmad Zahid berada di sini sempena lawatan kerja bagi menghadiri mesyuarat kali ketiga ASEAN mengenai usaha pencegahan dadah. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/indonesia-perlu-bekal-tenaga-kerja-terlatih-1.32427#sthash.X2XtOr3d.dpuf

Video :

#DSZH: Pertemuan Bersama Menteri Ketenagakerjaan …" on YouTube – #DSZH: Pertemuan Bersama Menteri Ketenagakerjaan …: http://youtu.be/ZcoWX7_h7xk



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate