Salam kepada semua.
Oleh kerana keuzuran yang ditimpa Allah kepada Panglima ( untuk mengingatkan diri dan membersihkan dosa ) agar sentiasa mengingatiNYA maka hari ini Panglima mohon maaf tidak dapat menulis seperti biasa. Memang benar apabila kita tidak mengamalkan amalan harian dalam proses taqarrub kepada Allah maka sedikit ujian akan diberi tanda ingatan dan 'cash' dari NYA agar kita selalu dalam 'pedoman'
Baru sebentar tadi Panglima pergi bertemu janji dengan doktor dan telah diberikan ubat serta dinasihat untuk berehat.
Katanya : jangan fikir banyak-banyak atau risau !
Saya termenung mendengar nasihat doktor. Kerana saya rasa seperti tidak ada sebarang masalah atau ada perkara yang merisaukan saya. Namun selepas difikirkan kembali rupa-rupanya memang benar saya terlalu risau tanpa saya sedar.
Bukan risau kerana masalah diri akibat bebanan kerja, atau masalah dalam keluarga atau berkaitan ibubapa tetapi sangat risaukan masalah Umat Nabi Muhammad yang berpecah belah dan tidak bersatu dalam satu barisan dan jemaah.. ia adalah punca terbesar kerisauan saya hingga ke hari ini...
Bagaimana saya tidak risau sedangkan saya telah diberi amanah ilmu untuk menyedarkan umat baginda agar tidak sesat atau bertelingkah sesama sendiri. Saya juga diberi kudrat dan akal yang sihat untuk menyedarkan mereka..Nanti apakah saya akan jawab jika tugas ini gagal dilaksanakan oleh saya dan umat yang sangat dikasihi Nabi ini terus bertelingkah hingga kiamat ?
Kita hari ini sudah terlalu jauh dari 'bayangan Nabi' dan tidak pula 'ketagih' untuk mengucapkan selawat kepada baginda. Itulah punca kita lupa untuk mengikut cara dakwah baginda kepada umat. Itulah juga punca kenapa Ulama telah menjadi 'manusia paling jahat' akhir zaman ini kerana mereka turut lupa mengamalkan pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang mahukan kita teguh dalam satu 'masjid' dan tidak menjadikan musuh Islam sebagai rakan atau teman rapat dalam berjuang...
Hasilnya Ulama dan Umara tidak dapat disatukan untuk faedah rakyat dan kita menerima kesan akibat realiti yang berlaku sekarang !! Kerana Nabi telah berpesan jika baik dua golongan ini maka akan baiklah negara. Jika rosak maka rosaklah juga negara tersebut.
Kerana semasa berselawat kita mengulang kata 'Saidina Muhammad' dan keluarga baginda. Ia adalah satu ritual agar kita sentiasa menyebut di mulut dan mengulang dalam minda sejarah terpuji Nabi dan Ahli Bait menerusi amalan selawat tersebut.
Panglima akan banyakkan berselawat hari ini. Moga ia boleh menenangkan diri Panglima yang tidak henti-henti risau dengan perpecahan umat Nabi yang telah terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh musuh Islam hingga kita hilang pedoman dan tidak dapat mencari jalan pulang. Hingga kadang kala terbawa di dalam waktu solat perasaan tersebut. Mungkin dengan berkat selawat maka doa Panglima agar kita bersatu akan dimakbulkan Allah Taala Insya Allah.
Semalam perasaan Panglima memang terlalu berdebar-debar dan hampir pitam sehingga Panglima menyangka sudah sampai ajal malam Jumaat semalam. Bayangkan dari Maghrib hingga jam 2 pagi perasaan tersebut menekan diri Panglima. Mujurlah ada rakan mahir mengurut bersusah payah datang walaupun penat pulang bekerja shif jam 11 malam. Satu badan diurut untuk melegakan perjalanan darah akibat oksigen tidak sampai ke otak kerana tekana angin yang banyak dalam badan. Hingga beberapa kali Panglima muntah tidak ubah seperti perempuan yang mengalami alahan..
Ketika itu barulah dapat dirasai bagaimana peritnya seorang wanita/perempuan mengandung dan barulah Panglima dapat memahami kesusahan seorang isteri yang menderita demi melahirkan anak buat penyejuk mata kepada suami. Kebetulan sekarang isteri juga sedang mengandung anak ketiga dan doakan agar anak kami akan lahir dengan selamat dan sihat.. Amin. Pesan Panglima : jika anda mahu jerkah atau tidak suka kepada isteri anda, ketika itu fikirkanlah pengorbanan seorang isteri yang reda menanggung keperitan demi kasih kepada suami. Maafkanlah isteri anda kerana wanita adalah makhluk yang sangat kaya dengan emosi dan perasaan yang kadangkala luar jangkaan kesabaran kita.
Selepas tidak tahan dengan sakit yang berterusan dan hampir pitam lalu Panglima akhirnya memohon kepada Allah dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda agar dipanjangkan umur Panglima bagi meneruskan perjuangan ini. Hadiah fatihah dikirimkan kepada Para Kekasih Allah sebagai hadiah dan Alhamdulillah pagi ini Panglima masih hidup walaupun perasaan risau masih menguasai fikiran dan memerlukan sedikit masa untuk mengatasinya.
Kisah ini ditulis bukan mahu minta belas kasihan atau simpati tetapi sekadar berkongsi pengalaman semalam dengan kawan-kawan... Dan pesan Panglima kepada rakan-rakan Bloggers Pembela Negara semua agar ingatlah 'waktu makan' dan jangan biarkan perut kosong kerana terlalu asyik berjuang melawan fitnah dan dakyah palsu lawan.. Kesihatan perlu dijaga agar perjuangan akan terus dapat diteruskan tanpa sebarang halangan.
Doakan untuk Panglima agar panjang umur dan moga 'hari-hari esok' masih ada selepas pengalaman tidak dapat dilupakan semalam hingga Panglima rasa seperti ia adalah hari terakhir di dunia. Inilah apabila disebabkan oleh perasaan risau keterlaluan dan juga kerana angin gastrik akibat tidak makan mengikut peraturan.
Harap kawan-kawan akan tetap gigih mendedahkan kebatilan dan membela kebenaran dengan izin Allah Taala walaupun ada di antara kita akan pergi menemui Ilahi lebih awal dari yang lain .. Kerana ajal tidak memberitahu kedatangannya kepada kita samada anda blogger pro Umno, Pas atau PKR. Harap kita bersedia dengan amalan soleh dan amal jariah yang dibuat semasa masih hidup dan sihat.
Mari kita solat Jumaat dan berselawat banyak-banyak hari ini ke atas Habibina WaSyafi'ina Saidina Wa Maulana Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam..
Allahumma Solli Wasallim Wabarik Ala Saidina Muhammad Wa'la Aaalihi Wasohbihi Wasallim....
16 ulasan:
banyak lemak dan makan tak berpantang. kalau kaki makan daging dan jenis lemak-lemak, disyorkan bahan pencegah lemak iaitu ubat tritace 5 mg. dah 8 tahun pg makan. ok je. makan le lemak dan durian banyak mana pun. lepas makan, makan ubat ini. 15 minit ok. juga makan ubat ini jika darah tinggi naik atau terasa sakit ditengkok ( makna darah naik ) jadi makanlah ubat ini. amat baik sekali . dari germany.bagus. sebaiknya makan tengahari sebelah biji dan malam sebelah. mana tahu makan malam kita makan daging lagi. jadi untuk hidup keesokkannya makan makan le sebelah malam sebahagian lagi. ada difarmasi . harga rm 58 ke rm 60. takat ini PG alhamdullilah dah 49 tahun tak ada sebarang penyakit lagi.
SYUKUR SAUDARA MASIH SIHAT.
Marilah kita bersama-sama berjuang menegakkan Sunnah Nabi s.a.w. Semua umat Islam cukup taksub kepada Al-Quran. Inilah pegangan yang tepat dan benar.
Tapi masih ada diantara kita, masih meninggalkan amalan sunnah nabi. Yang tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, kita praktikkan dan bersungguh-sungguh, kita mengatakan ianya dari Nabi. Sedangkan Nabi dan para sahabah tidak pernah melakukannya.
Malang seribu kali malang, kononnya kita ingin beribadah kepada Allah dan menjadi orang yang kuat ibadah, rupa-rupanya ibadah kita berlawanan dengan amalan nabi dan para sahabat.
Cuma kita syok sendiri, kononnya Allah suka cara kita beribadah, sebenarnya kita telah ditipu oleh kejahilan kita untuk memahami ilmu hadis.
Contoh, kaki ibadah sufi berpuasa tidak pernah berbuka sepanjang hari, ada sampai sebulan, malah setahun, tapi ada yang bertahun-tahun, mereka tidak pernah berbuka. Mereka mendakwa mereka terlalu dekat dengan Allah.
Adakah mereka tidak mentaati perintah Allah?
Mereka cukup-cukup mentaati perintah Allah, tetapi sudah menyimpang dari sunnah nabi di mana setiap umat Muhammad s.a.w mesti berpuasa di sebelah siang dan makan/minum di sebelah malam.
Begitulah kejahilan umat Muhammad s.a.w yang mendakwa mereka mentaati perintah Allah, tetapi menyimpang dari amalan sunnah nabi.
Sekadar Renungan bersama.
ADAM AMIN
Kg Jerlun
Kedah.
Hmm, ni mesti orang yang cuba mengawal kebangkitan blogger MYKMU hantar apa2 kat panglima? Saya takut depa hantar benda camtu, buleh merana idup...baik Panglima pi berubat. Masalah dari segi fisiologi memang buleh kawal symptomnya, tapi dari segi spiritual....cuma kita je yg rasa....
Pak Lebai Surau Putrajaya
Kalau nak sihat dan diredai Allah, kau tinggalkan si KJ ejen Singapore dan liabiliti UMNO.
Insya Allah, hidup kamu akan lebih bermakna kerana kamu tidak bersekongkol dengan pembeloat bangsa dan negara.
Hamba Allah Ikhlas
saya doakan semoga tuan segera sembuh dan sihat untuk meneruskan perjuangan. insyaallah..
Tuan Panglima, Salam
HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL
NI'MAL MAUWLA, WA NI'MAN NASIR
WALAHAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Bayangkan sa'at RasuluLlah sallalahu 'alaihi wassalam direject oleh kaumnya. Bagaimana sesak dada Baginda.
Kita hanya menjalankan amanahnya.
QULLANYUSIBANA ILLA MA KATABALLAHU LANA HUWA MAWLANA..
ALLAHUMA SALLI WASSALIM 'ALA QALBI SAYYIDINA MUHAMMAD...
Salam,
TokPakir
Salam Panglima,
selain membanyakkan selawat, solat malam (qiamulail) dan sujud yang panjang menjadi ubat paling mujarab untuk memperoleh ketenangan fikiran.
Semoga tuan Penglima dibentengkan Allah dan diselamatkan dari apa-apa yang memudaratkan. Dikuatkan Allah Azza wa Jalla dengan IradahNya, QudratNya akan tuan Panglima dari segi akal ruhani dan jasad.
Diberi petunjuk dalam segala hal. Kerana Dia sahaja Yang Memberi Petunjuk dan Dia Sahaja Yang Menyembuhkan dan Dia Sahaja Yang Melindungi.
Dengan berkat Nur Nabi kita SAW dan cintanya ke atas umat kaum mukminin dan muslimat.
salam ziarah,
Didoakan semogga sdr sentiasa mendapat keredhaan dan inayah dari Allah SWT. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan itulah erti perjuangan sebenarnya. Amin.
SALAM PANGLIMA..
SIMPATI TUAH KEPADA KEADAAN YG MENIMPA PANGLIMA.
NASIHAT KAMI BLOGGER (BPN) AGAR PANGLIMA BANYAKKAN BEREHAT.
TUNGGU SEHINGGA BENAR-BENAR PULIH BARU MULA BERJUANG SEMULA.
INSHALLAH KAMI AKAN MENGALAS TANGGUNG JAWAB SEMENTARA PANGLIMA BEREHAT.
JUGA TAK LUPA KAMI MENDOAKAN SEMUGA KESIHATAN PANGLIMA CEPAT PULIH DAN SEMUGA PANGLIMA DAN KELUARGA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA.
Semoga diberikan kesembuhan..Ujian sebagai penenang jiwa, mengingatkan hamba kepada Tuhannya..
Ikhlas Penuh Ukhuwah...
Tuan Arif Omar : terima kasih atas info sangat bagus itu. Rasanya bukan saya sahaja akan dapat manfaat bahkan ramai turut dapat petua bagaimana mahu mengatasi sakit seperti saya ini...
Anon : terima kasih komen saudara. Walaupun agak mirip kepada pemberi komen tetap bernama Adam Amin di blog saya ini... Yg penting kita jgn bergaduh bab kecil macam ni.. berbahas tak mengapa.
SESTER : jika Allah izinkan nak buat cam ner... harap kita juga sedar kealpaan dalam berjuang boleh membuka pintu untuk 'lawan' yang sukar dilihat masuk mengganggu. Memang benar ada Jin Jahat juga turut membenci usaha baik kita apatah lagi berkenaan isu yang melibatkan puak mereka. tetapi ada juga hamba / makhluk Allah yang akan membantu siapa sahaja yang berjuang dengan ikhlas di mana sahaja..
Anon : macam blogger House PK je bunyi komen.. nape tak guna nama sebenar ? saya bukan pro KJ atau siapa. Saya hanya berusaha satukan blogger utk kepentingan agama bangsa dan tanah air kita.
bulaz : terima kasih doa anda. tak sangka begitu ramai sudi mendoakan saya.. memang mengharukan perasaan.
TokPakir : tak sangka juga blogger hebat sudi bertandang ke sini memberi semangat untuk saya. Seolah olah sudah hilang sakit ini dengan kehadiran saudara di sini...syukran.
Puteri : saya yakin nasihat anti adalah amalan yang diamalkan selama ini...tq dan saya akan mujahadah melawan nafsu. Peristiwa semalam membuat saya sedar betapa kematian boleh menimpa kita bila-bila masa...Moga kita mati dalam iman dan islam.
Tuan Mustafar : pertama kali saya melihat komen tuan di sini.. Alangkah gembira saya mendapat kawan siber yang baru seperti tuan dan sudi hadir memberi semangat kepada saya. Tak sia-sia apa yang diuji ini telah memberi berbagai kurnia yang lain dan tidak disangka. Terima kasih tuan kerana ziarah blog ini...Memang terharu dan gembira dengan kedatangan tuan..
Farid : terima kasih.. Kata-kata saudara sangat menarik dan berirama.. saudara adalah pelapis blogger jika sebahagian yang lain pergi menemui Tuhan pada hari mendatang...
Terima kasih sekali lagi atas kata-kata semangat semua dan moga Allah membalas 'kunjungan ziarah' anda yang telah memberikan kebahagian dalam diri saya hari ini...
Patutlah Nabi menggalakkan kita menziarahi orang sakit demi meringakan kesakitan dengan keceriaan yang kita bawa di samping doa agar disembuhkan si sakit...
salam....fuh Panglima ni....
harap dapat berbanyak jaga kesihatan bro. jangan lupa kesihatan tu kesihatan!!!!
isy.....lu ni..buat gua cuak je....
take care bro..
Semoga terus diberi kekuatan untuk menentang kebatilan.Saya adalah salah seorang dari beribu manusia yang bangga dengan kehadiran saudara menjadi benteng pertahanan bagi kerajaan dalam peperangan cyber yg penuh dgn fitnah.Saya berharap saudara dikurniakan kesihatan dan hati yang cekal utk menegakkan kebenaran.Salam perjuangan.
Salam ziarah buat sahabatku Panglima,
Maaf kerana terlewat menziarahi P5 secara maya.al-maklumlah.. sekarang ni musim hujan...talian internet slow sikit...asyik-asyik putus je..
Dari apa yang P5 tulis tu... P5 sebenarnya ada masalah Gastritis... ia berpunca dari gastric juice yang berlebihan dalam gaster(perut)! gastric juice ini berasid, itu sebabnya P5 rasa mcm nak pitam dan berdebar-debar sbb ia akan mengganggu saraf dari perut ke-jantung dan ke otak!
kejadian hampir pitam itu bukan disebabkan oleh kurangnya oksigen tetapi disebabkan oleh kesan rasa sakit dari organ perut!
ramai yang tidak tahu - penyebab utama terjadinya gastritis ini ialah STRESS.
oleh itu kurangkan stress P5... sebab semakin banyak stress ia akan merangsang sel mukosa gaster/perut untuk mengeluarkan lebih banyak asid dan semakin banyak asid akan menjadikan P5 makin sakit dan stress dan semakin banyak stress akan menghasilkan lebih banyak asid dan begitulah seterusnya-- ia disebut viciuos cycle!
kalau gastritis biasa, hanya memadai dengan mengambil ubat Tablet Ranitidine 150mg atau 300mg.
nak tahu tahap teruk atau tidak penyakit P5 itu, cuba perhatikan najis P5, jika ia berubah dari kuning ke coklat atau hitam... itu menandakan P5 bukan lagi mengidap Gastric biasa , tapi dah sampai tahap gastric Ulcer! bila tahap ini P5 kena buat ujian OGDS atau scope, tengok kat mana ada ulcer/luka! jadi P5 kena ambil ubat Omeprazole atau Pantoprazole atau Lansoprazol.
penemuan terbaru berkaitan dengan gastrik ini utk maklumat P5, jangan mengambil makanan yang banyak mengandungi rempah seperti Sup atau kari atau berlada/pedas kerana benda-benda ni akan menghasilkan lebih banyak gastric juice terhasil.
semoga P5 cepat sembuh demi untuk berjuang bersama.Mungkin kaedah berlainan, tapi tujuannya sama!
sahabatmu: sangtawal sakranta
Salam panglima,
alhamdulillah, panglima dapat kembali seperti sediakala. Benar, itulah peringatan yang Allah bagi agar kita sentiasa ingat padaNya, ingat pada mati.. Izrail yang sering mengunjungi kita setiap masa cuma menunggu masa untuk menjalankan tugas.. Bila, bagaimana dan di mana, Allahualam.
Kawan doakan panglima sihat sejahtera dan panjang umur. Kawan cuma mampu bayangkan keadaan diri panglima melalui penulisan, walaupun hakikatnya kita tidak pernah bertemu sekalipun dalam dunia sebenar...
Bagaimanapun, kita tetap bersama berjuang menyatukan kembali pemikiran rakyat yang rosak akibat perbuatan sekumpulan manusia yang berkepentingan dunia melalui dakyah agama..
Catat Ulasan