Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mac 2015

Belum Pernah Ahli Parlimen Dipenjara Seperti @Anwaribrahim Dibenar Masuk Parlimen Malaysia - Agenda Daily CC @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Penulis ingin mengambil petikan artikel portal Agenda Daily yang disiar di sini http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/awas-parlimen-mungkin-kena-liwat.html berkenaan kes Anwar yang disabitkan dengan kesalahan meliwat yang menafikan sejarah ahli parlimen dibenar dibawa masuk Parlimen apabila sudah dipenjara.




Ia menjadi bukti bahawa cubaan pembangkang memohon agar Parlimen dibenarkan menerima kehadiran Anwar selaku ketua pembangkang adalah perbuatan yang sia-sia dan layak digelar sebagai lawak semata-mata.

Atas dasar terhutang budi dilantik menjadi Setiausaha Agong PKR mungkin itulah menjadi faktor utama mendorong Rafizi Ramli membuat kenyataan bahawa Anwar boleh dibenarkan untuk dibawa keluar masuk ke Parlimen apatah lagi selepas Speaker turut mengesahkan telah menerima permohonan petisyen pengampunan oleh isteri dan anak-anak Anwar.




Namun perlu diingatkan bahawa usaha ini akan sia-sia selepas Menteri dalam Negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menolak untuk melayan kerenah kebudak-budakan PKR yang hanya keseorangan memohon agar Anwar dibebaskan untuk hadir ke Parlimen.

Kenyataan tegas beliau boleh dibaca di bawah :


Tabik kepada Menteri atas ketegasan beliau dan semoga Peguam Negara juga tidak membuang masa melayan permohonan 'gila' mereka.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate