KATEGORI BERITA UTAMA
Video: Nurul Izzah lepas 'marah' pada Zahid
24 MAC : Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melampias kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung layanan ketika beliau di lokap, baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bangun mencelah ketika Zahid menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, petang Selasa membangkitkan isu polis kekurangan peruntukan untuk melaksanakan tugas.
Menurut Naib Presiden PKR itu, anggota polis terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli pampers dan keperluan lain banduan ketika di lokap.
Zahid mengakui keterbatasan kewangan dan sehubungan itu menegaskan pembangkang harus menghormati institusi kepolisian dan tahap profesional anggota polis yang prihatin dalam melaksanakan tugas.
"Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam hal keselamatan kita tidak ada kompromi."
"Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis, keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin," katanya.
Izzah bagaimanapun mencelah dengan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak prihatin dengan keadaan itu sebaliknya mengeluarkan arahan politik menangkap pembangkang, menyalahgunakuasa dan tidak profesional menangani masalah anggota polis.
Ikuti perbahasan Nurul Izzah dan Zahid di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung isu itu.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan