24 MAC: "Saya ingin menegaskan pada bila-bila masa saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul Phua Wei Seng dan malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak pernah dapat walau satu sen pun duit daripada apa yang saya tuliskan."
Itu tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menangkis dakwaan pembangkang yang dituduh bersekongkol dengan Paul Phua.
"Sebagai seorang Islam, wallahi wabillahi wattallahi saya tidak pernah mendapat kepentingan satu sen pun daripada penjudi berkenaan, malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu," katanya ketika penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Selasa.
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turut menjelaskan tidak pernah mempunyai apa jua hubungan dengan Paul dan apa yang dilakukan oleh kementeriannya hanyalah memberi penjelasan berhubung kewarganegaraan Paul Phua.
"Saya juga menegaskan pada bila-bila masa pun saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul, malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak dapat satu sen pun."
Tambahnya ada beberapa perjanjian di antara Malaysia dengan negara luar seperti Amerika Syarikat termasuklah perjanjian pertukaran maklumat.
"Saya minta jangan dipolitikkan atau provokasi isu ini, kalau Shah Alam nak buat, buatlah tetapi saya tegaskan disini saya tidak pernah terlibat," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan