Bangladesh : Seorang penulis blog ditetak sampai mati di ibu kota Bangladesh, Dhaka semalam dalam serangan ganas terbaharu terhadap penulis bebas di negara berkenaan, kata seorang ketua polis.
Ketua polis berkenaan, Wahidul Islam berkata, pihaknya menangkap dua lelaki berhubung pembunuhan itu yang berlaku beberapa minggu selepas seorang penulis blog Amerika Syarikat (AS) turut maut akibat ditetak, juga di Dhaka.
Menurutnya, penulis blog AS itu merupakan seorang ateis atau tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
"Mangsa ditetak hingga mati pagi ini (semalam) oleh dua penyerang bersenjatakan dua bilah pisau pada jarak 460 meter dari kediamannya di kejiranan Begunbari, di sini.
"Kedua-dua penyerang itu ditangkap ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya.
Menurut Wahidul, polis tidak pasti sama ada mangsa yang berusia 27 tahun itu, Washiqur Rahman juga seorang ateis tetapi seorang penulis blog lain berkata, dia dikenali kerana mengkritik Islam.
"Washiqur menulis menggunakan nama pena Kutshit Hasher Chhana atau itik hodoh," kata ketua pertubuhan penulis blog Rangkaian Aktivis Dalam Talian, Imran Sarker.
Sebelum ini, polis turut menangkap seorang suspek berhubung pembunuhan penulis blog AS berkenaan, Avijit Roy. – AFP
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan