Pengikut Blog Panglima

23 Julai 2015

Blog Panglima Perang Cyber Kembali Bertempur Di Alam Maya Selepas Raya


Sekian lama blog ini tidak aktif dan jumlah pengunjung juga semakin menurun. Hari ini ia sudah mencecah 6.2 juta jauh ketinggalan berbanding rakan lain yang sudah beberapa kali ganda dari blog panglima.

Tidak kisahlah apa kaedah mereka guna namun hari ini orang memandang angka dan dengan angka itu menjadi modal keberkesanan penulisan dan sambutan pembaca walau ada juga melihat aspek lain sebagai ukuran keberkesanan sesebuah penulisan blogger.

Semua kemerosotan ini mungkin berpunca dek keralitan menghabiskan masa untuk meneliti perbincangan di whatsapp dan telegram yang beribu-ribu mesej disampaikan setiap hari dengan berbagai bahan dan material yang bukan semua boleh dipercaya.

Selepas meneliti pengalaman menggunakan facebook twitter instagram, didapati carian bahan atau mengumpulkannya untuk dibuat rujukan hanya sesuai melalui blog.

Justeru itu pilihan terkini panglima ialah untuk mengaktifkan kembali blog ini setakat mana daya dan masa yang ada.

Penggunaan laptop perlu dipertingkatkan kembali kerana banyak perkara lebih mudah dengan laptop berbanding handphone walau 'smart' mana sekalipun.

Pergerakan memenuhi urusan kerja juga menjadikan masa memerah otak menjawab isu-isu semasa atau menyampaikan jawapan yang diberikan juga tidak serancak zaman dahulu di saat perjuangan di alam maya bermula tahun 2008.

Kehadiran ramai pejuang siber juga barangkali menjadikan rasa selesa itu hadir mengenangkan mereka lebih muda dan fokus berbanding panglima yang sudah sedikit berbeza dengan komitmen kepada keluarga dan kerjaya.

Banyak perkara yang jika diingati kembali menjadi kenangan manis dan masih manis bila diingati kembali apabila bertemu dengan rakan seangkatan yang kebanyakan mereka lebih berusia dan hebat dari panglima.

Pembaca tidak mahu membaca apa orang lain kata kerana mereka datang ke blog kita untuk membaca apa yang kita perkatakan dari pemikiran yang terhasil dari pengkajian dan penelitian serta pengalaman. 

Sebab itu jika dilihat status ditulis sendiri adalah lebih tinggi mendapat like di Facebook berbanding bahan dicopy paste atau autofeed.

Kita tidak sedar corak pemikiran hasil penulisan kita di media siber namun ia ada impak kerana ia akan disebut dalam perbualan orang yang mungkin tidak sedar apa yang diperkatakan adalah dari yang disiarkan dalam entri blog kita.

Justeru itu semangat untuk kembali aktif blog penembak-tepat ini kembali membara demi memastikan fitnah dan tohmahan palsu musuh negara akan dapat dipatahkan dengan izin Allah. 

Bukan statistik menjadi buruan namun keberkesanan tulisan itu yang mahu diharapkan.

Selain itu sempena hari raya Aidilfitri Panglima memohon jutaan maaf jika ada sebarang salah silap sepanjang pembaca datang membaca bahan disiarkan di sini.

Harap semangat Ramadhan akan menaikkan semangat penulis blog untuk mengekalkan keaslian bahan yang disebarkan dan memperbanyakkan lagi analisa dan kajian untuk masa depan kemakmuran dan keamanan Malaysia.

Pena itu lebih tajam dari pedang.

Ada idea menarik emailkan sahaja ke panglimaperangcyber@yahoo.com


Catat Ulasan