Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Ogos 2015

13 Pencapaian TPM DS @Zahid_Hamidi Kepada Agama Bangsa dan Negara


Selepas mendapat undi tertinggi pemilihan UMNO yang lalu dan kini dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri ke-11 tanggal 29 Julai 2015 ramai yang ingin mengetahui apakah kelebihan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sehingga dipilih menjadi TPM.

Jika secara terperinci sukar untuk dijelaskan semua apa yang dilakukan oleh beliau terutama kepada pengundi berbilang kaum di Bagan Datoh dan rakyat Malaysia sepanjang menjadi anggota Kabinet.

Namun diringkaskan di bawah ini  beberapa jasa beliau untuk diketahui oleh mereka yang mungkin mencari jawapan apakah kelebihan dan pencapaian Zahid Hamidi anak jati Bagan Datok selama ini sehingga dilantik YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Ab Razak.


1. Menubuhkan Maahad Tahfiz Al Quran di Bagan Datoh tahun 2004 


Sumbangan Ahmad Zahid buka maahad tahfiz
Ahmad Zahid (tengah) bersama Allahyarham bapanya (tiga, kiri) dan empat pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran.


BAGAN DATOH - Rasa cinta kepada al-Quran mendorong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka sebuah maahad tahfiz khusus untuk pelajar perempuan terletak bersebelahan rumah pusaka orang tuanya di Kampung Sungai Nipah Darat sejak 11 tahun lalu.

Maahad Tahfiz Al Fatah Wal Abdul Jalil Al-Quran Lil Banat yang dibuka sejak 2004 lalu, berjaya melahirkan ramai hafizah yang kini kebanyakannya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pemangku Mudir Maahad Tahfiz berkenaan, Mohd Nordin Yahya berkata, penubuhannya adalah cetusan idea Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sendiri, malah beliau jugalah yang memastikan sumbangan dana bagi kelancaran operasi dan pengurusannya adalah berterusan.

Menurutnya, institusi pengajian itu hanya mengenakan yuran RM250 sebulan ke atas setiap pelajar untuk kos makan dan asrama, sementara bayaran gaji serta kos pengurusan lain ditanggung oleh Ahmad Zahid.

“Pembelajaran di sini bermula pada waktu pagi dengan kelas hafazan Al-Quran, kelas fardu ain dan fardu kifayah sementara sebelah petang mengikuti kelas akademik termasuk tuisyen bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Setiap tahun, kami ambil pelajar perempuan sebanyak 35 orang untuk diberi pendidikan oleh lima tenaga pengajar, malah anak-anak di sini adalah ‘anak angkat’ Datuk Seri kerana bangunan maahad tahfiz ini bersebelahan dengan rumah pusakanya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Nordin berkata, sebelum ini juga, bapa Ahmad Zahid, Allahyarham Hamidi Abdul Fatah juga salah seorang mudir yang bertanggungjawab mengajar pelajar di maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, Ahmad Zahid juga banyak memberikan sumbangan untuk membangunkan mahaad tahfiz itu untuk terus berkembang selain mahu melahirkan ramai hafizah di dalam negara ini.

Sementara itu, salah seorang tenaga pengajar, Nur Shakireen Mohd Sideq, 24, berkata, sumbangan yang diberikan Ahmad Zahid dalam membangunkan maahad tahfiz itu sangat besar.

Dia yang juga bekas pelajar di situ berkata, sukar untuk mencari sebuah maahad tahfiz yang dikhususkan kepada pelajar wanita sahaja.

Menurutnya, dengan yuran RM250 sebulan dan perbelanjaan lain ditanggung oleh Ahmad Zahid, menarik minatnya untuk mendalami ilmu hafazan Al-Quran.

“Saya adalah pelajar ambilan tahun kedua selepas maahad tahfiz ini mendapat pengiktirafan dan ramai rakan seperjuangan saya masih melanjutkan pelajaran mereka di dalam dan luar negara dalam bidang yang sama.

“Ada daripada mereka sudah bekerja termasuk saya yang bekerja di tempat saya belajar sebelum ini,” katanya.

Nur Shakireen berkata, timbalan perdana menteri itu juga sangat mengambil berat kesemua pelajar perempuan yang belajar di maahad tahfiz berkenaan.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/sumbangan-ahmad-zahid-buka-maahad-tahfiz-1.414820




2. Menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah Melaka mulan 2012




http://imtiazmelaka.com.my/pengenalan/latar-belakang-sekolah.html

3. Mengangkat Darul Quran menjadi Kolej Universiti semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri JAKIM





4. Melancarkan Wakaf Al Quran 


Tidak dinafikan juga pengalaman luasnya dalam bidang korporat memberikan kelebihan kepada Zahid untuk memegang jawatan kedua tertinggi itu. Komitmennya terhadap Islam, antaranya mempopularkan usaha mengagihkan al-Quran wakaf kepada beberapa golongan sasar termasuk di luar negara boleh menjadi pengimbang kepadanya dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

http://www.utusan.com.my/rencana/selamat-bertugas-kabinet-baharu-1.118479



Petikan ucapan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri melancarkan Wakaf Al Quran tahun 2008 :
Sesuai dengan ayat Allah bahawa umat Islam itu adalah bersaudara maka Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) menganjurkan program Amal Jariah dalam bentuk Wakaf al-Qur’an. Al-Qur'an tersebut akan dihantar ke negara-negara yang umat Islamnya dihimpit kemiskinan khususnya yang menjadi kumpulan minoriti di negara pemerintahnya bukan Islam . Sebagai langkah awal, DAMAI sudah menyumbang 50,000 naskhah kitab suci itu kepada umat Islam di Kemboja melalui muftinya, Kamaruddin Yusof awal Ramadan lalu. Pada masa yang sama, DAMAI turut mewakafkan 10,000 al-Qur'an kepada umat Islam di China, Ukraine dan Rusia.


http://www.islam.gov.my/node/28086


5. Berjaya mengurangkan kadar kemasukan penjenayah ke penjara berulang


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar banduan yang mempunyai kes berulang atau residivis di Malaysia pada tahun lepas adalah sebanyak 7.6%, berbanding negara lain di rantau Asean yang merekodkan kira-kira 25 hingga 35%.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-pemulihan-banduan-berjaya-kurang-kes-berulang-kata-zahid-hamidi#sthash.FOId243e.dpuf



6. Memperkenalkan Ops Cantas dan Ops Cantas Khas yang menurunkan kadar jenayah dengan begitu drastik sekali



7. Menubuhkan Skuad Taktikal Khas STING STAFOC STAGG sehingga mencapai banyak kejayaan.

8. Menumpaskan penceroboh Lahad Datu di mana serangan awal Subuh berjaya memusnahkan pertahanan penceroboh Sulu sehingga mereka menyerah kalah.

 9. Berjaya menurunkan majoriti PKR di PRK Permatang Pauh Mei 2015.



(Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi atau 57.1 peratus undi popular manakala calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi atau 40.44 peratus undi popular.

Dr Wan Azizah Senyum Terima Kemenangan - Gambar Malaysian Insider
Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman memperoleh 101 undi dan calon bebas Salleh Isahak mendapat 367 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memperoleh 37,090 undi atau 58.56 peratus undi popular manakala calon BN, Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi atau 40.06 peratus.

10. Mempertahankan Akta Hasutan dari dihapuskan pembangkang. Dan memindanya untuk disesuaikan dengan cabaran semasa

http://mynewshub.cc/2015/04/09/pindaan-akta-hasutan-dibuat-selepas-40-tahun-zahid-hamidi/#gs.45f6b4aae1b94f4b816e9f9a972b84d7


11. Mempertahankan empat tonggak utama Islam, Raja, Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Sebagai pemimpin UMNO atas tiket Barisan Nasional maka kepentingan Islam Melayu serta agama lain menjadi prinsip utama beliau di dalam berkhidmat kepada rakyat. 


Setiap kali dijemput merasmikan upacara perayaan agama lain beliau juga akan memenuhi undangan tersebut.

Keadilan yang diajar Islam juga tidak menyuruh umatnya menzalimi mana-mana agama atau bangsa lain kecuali mereka menyerang Islam barulah jihad dibenarkan.

12. Memperkenalkan Akta POTA, POCA dan SOSMA yang mengembalikan taring pihak berkuasa.


13. Memperkenalkan kelas tahfiz kepada banduan sejak November 2013 bermula di penjara Kluang dan mendapat sokongan padu Sultan Johor yang berkenan memberi elaun kepada banduan yang berjaya menghabiskan hafalan.



Kerana itu tidak pelik apabila dilantik menjadi TPM maka beliau mahu memantau prestasi asal Perak untuk bekerja keras memberi khidmat kepada rakyat. Seperti YAB Perdana Menteri yang memperkenalkan KPI untuk setiap menteri bagi memantau prestasi mereka.

Siapa mengenali beliau akan tahu bagaimana kerja keras beliau dan perinsip perjuangan yang dipertahankan walau tidak ramai yang berani melakukannya..

Keberanian melawan penjenayah walau boleh mengancam nyawa diri keluarga namun diteruskan juga demi negara.

Kesungguhan menyempurnakan amanah yang diberikan membuatkan ramai pengkritik tidak dapat menyerang peribadi dan kepimpinannya.

Kebijaksanaan mengatasi fitnah pembangkang seperti isu kapal selam semasa menjadi Menteri Pertahanan dengan mengajak Lim Guan Eng menaiki kapal selam masih diingati sehingga isu kapal selam tenggelam hingga hari ini.

Itulah Zahid Hamidi dan Malaysia bertuah kerana memiliki Timbalan Perdana Menteri yang berani,bekerja keras, bijak serta berbudi mulia dari keturunan ulama untuk memimpin kita.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate