PUTRAJAYA, 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini di dalam sebuah portal pro pembangkang dikatakan beliau memberikan satu surat kelulusan kepada salah sebuah syarikat yang dikatakan milik adik beliau.
Ia adalah satu kertas cadangan dan bukanlah surat kelulusan atau award letter.
Di katakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.
Di dalam surat itu, jelas tertulis bahawa "Sila ambil maklum untuk perbandingan," dan tidak langsung mengatakan atau arahan yang memberi terus atau kelulusan terhadap syarikat
Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya.
Kertas cadangan tersebut mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.
Oleh yang demikian, tidak seperti yang dilaporkan oleh media pro pembangkang yang mana cuba mewujudkan satu persepsi negatif terhadap Ahmad Zahid yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri, Pihaknya masih dalam proses mengkaji dan membuat perbandingan kertas kerja tersebut sebelum dibentangkan semula.
Jadi ia bukan merupakan satu isu atau kesalahan yang dilakukan oleh Menteri berkenaan dan segala penilaian dan kajian terhadap kertas kerja berkenaan masih lagi dalam proses dan tiada sebarang kelulusan mahupun isu telah diberi surat kelulusan bagi projek yang telah dilaporkan oleh media pro pembangkang itu.
Baca juga :
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/11/tidak-benar-zahid-hamidi-lulus-projek-syarikat-adiknya/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan