Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Ogos 2015

Blog pembangkang 'spin' program TPM @Zahid_Hamidi di Tanah Merah dimurkai Allah

Beberapa blog pro Pembangkang cuba pusing program TPM DS  Ahmad Zahid Hamidi di Tanah Merah semalam yang dihadiri lebih 25 ribu orang dimurkai Allah.

Kononnya kerana dilanda ribut hingga menyebabkan 20 khemah rosak.

Selepas dilihat kembali rakaman didapati ianya menjejaskan beberapa khemah saja.

Jam 15.54 (lihat gambar) hujan sudah reda.

Paling penting rakyat Tanah Merah setia tunggu TPM hingga selesai majlis walau hujan lebat.

Sebenarnya hujan lebat tanda rahmat Allah. Bukan sesuatu petanda buruk.

Dari dahulu kita belajar bahawa hujan memang membawa rahmat dan doa waktu itu sungguh mustajab.

Seolah ia petanda restu Allah kepada TPM  baru yang menjadi punca hujan rahmat yang sangat lebat melimpah padang program semalam.

Harap pembangkang jangan mencari isu seperti ini lagi di masa hadapan kerana ia bukan boleh menjadi alasan untuk memburukkan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate