Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Ogos 2015

Jawapan Mantap TPM @Zahid_Hamidi Isu 1MDB Dalam Wawancara Utusan Malaysia

KEMELUT 1MDB

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara isu besar yang dihadapi sekarang. Bagaimana Datuk Seri melihat ketaatsetiaan dan kebijaksaan Datuk Seri dapat membantu Perdana Menteri dalam menangani isu ini?

AHMAD ZAHID: Kesetiaan adalah prinsip utama dalam konsep kepengikutan dan kepimpinan. Kebijaksaan kepada saya adalah perkara yang kedua. Kesetiaan yang menjadi prinsip ini. Mana-mana pemimpin mendambakan kesetiaan. Permasalahan datang dan pergi. Isu timbul dan tenggelam.

Persoalannya, adakah kita mahu bersama pemimpin untuk menyelesaikan masalah atau kita turut menimbulkan masalah kepada masalah yang timbul. Prinsip saya, kita harus sama-sama menghadapi permasalahan itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya, bukan dengan mengusutkan lagi permasalahan yang dilontarkan oleh pembangkang.

Sebagai bekas pemain korporat, saya merasakan bahawa 1MDB sebagai sebuah entiti syarikat yang undercapitalize. Ertinya, hanya RM1 juta modal berbayar tetapi mempunyai liabiliti sebanyak RM46 bilion. Dalam istilah korporat dipanggil overgearing. Ertinya hutang lebih daripada modal.

Tetapi perbezaan 1MDB adalah kerana ia mempunyai aset yang dijadikan sebagai collateral atau cagaran kepada pinjaman. Aset terbahagi kepada dua iaitu aset nampak dan aset tidak nampak, tangible asset dan intangible asset.

1MDB mempunyai aset yang mempunyai pendapatan akan datang. Apabila dicairkan, ia boleh membayar hutang yang sedia ada. Permasalahan sekarang ialah aliran tunai kerana aset itu belum dapat dicairkan untuk membayar hutang. Ertinya aliran tunai masih tersendat dalam perkara ini.

Baca sepenuhnya :

- See more at:http://m.utusan.com.my/rencana/tidak-ada-siapa-menang-1.119458#sthash.kwusBVQa.dpuf
http://m.utusan.com.my/rencana/tidak-ada-siapa-menang-1.119458

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate