Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Ogos 2015

Cubaan MP BN & PR Guling PM @NajibRazak Gagal Kerana Pendedahan Awal @Zahid_Hamidi


Sabtu lalu 15 Ogos 2015  Timbalan Perdana Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyurat UMNO Bahagian Tampin menggemparkan negara melalui kenyataan beliau bahawa ada komplot mahu guling kerajaan melalui jalan belakang. Melibatkan MP dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Hari yang sama  ramai pihak telah membuat penafian termasuk Ku Li dan Muhyiddin Yassin. Lim Kit Siang juga tidak terkecuali turut melenting dan mengatakan perbuatan menjatuhkan kerajaan dengan alasan ia dilakukan di Parlimen adalah sah.

Selain itu beberapa MP BN dari Rembau dan Kuala Selangor seperti Khairy Jamaluddin dan Irmohizam  juga mendesak agar nama mereka terlibat didedahkan.

Blog Sayuti Omar pembela tegar Anwar juga tidak ketinggalan menyentuh isu ini dengan mengecam Zahid  dengan menulis panjang lebar dengan tajuk :

Benarkah cerita Zahid ada orang nak guling kerajaan?
http://msomelayu.blogspot.com/2015/08/benarkah-cerita-zahid-ada-orang-nak.html?m=1

Shahbuding Husin penulis bekas wartawan yang kuat menghentam Perdana Menteri juga menulis dan dipetik oleh Free Malaysia Today di Twitter

@fmtoday: Shahbudin: Zahid must 'prove' his plot allegation http://t.co/JywJrzs4iC

Blogger bekas Menteri Kabinet penyokong kuat Tun Mahathir iaitu Dato Zainuddin Maidin turut mengulas hal ini dengan tajuk :

Ada beza guling kerajaan dan guling Najib, kata Zam http://www.ismaweb.net/2015/08/ada-beza-guling-kerajaan-dan-guling-najib-kata-zam/

Pendedahan ini juga mengingatkan kembali kisah Lahad Datu yang menjadi perhatian apabila Zahid mahu mendedahkan tiga dalang yang tidak diumumkan hingga hari ini. Kerana sebenarnya sudah dihantar kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan beliau https://youtu.be/DZEj96narBU

Tindakan Zahid ini juga menjadikan kisah di Perak yang diperintah 11 bulan oleh Pakatan sebelum tiga Adun melompat menyokong BN sehingga MB Perak bertukar kepada Dr Zambry Abd Kadir kembali diperkatakan. Walhal ia tidak sama kerana BN kembali memerintah kerana menerima sokongan dari tiga Adun Pakatan.

@malaysiakini: PAS  MP: 'Who started toppling gov'ts without elections?' http://t.co/rY3YtXqi2d http://t.co/UxNC9VN00

Lebih dari itu satu poster tidak diketahui sumbernya memaparkan 20 MP Barisan Nasional juga disebarkan di media sosial sehingga membawa kepada laporan polis oleh MP BN Datuk Noraini Ahmad menafikan penglibatan beliau.

Setakat ini polis mengesahkan tiga laporan polis diterima  berhubung poster tersebut.

Lim Kit Siang bukan sekadar mahu mengabsahkan tindakan guling kerajaan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bahkan meminta Ketua Polis agar jangan campur hal politik

Politics not your concern, fighting crime is, Kit Siang tells IGP

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/politics-not-your-concern-fighting-crime-is-kit-siang-tells-igp#sthash.2irZqeEm.dpuf

Semalam 18.8.2015 TPM mengesahkan poster yang tersebar dalam media sosial adalah tidak betul.

Berita terkini jam 6.15 pm Utusan SMS Alert memberitahu : 

RM0.UM.18/08: TPM Zahid sahkan 20 Ahli Parlimen BN yang didakwa jadi dalang menggulingkan kerajaan tidak terlibat dalam komplot tersebut.

Berita Harian melaporkan : 20 pemimpin dalam blog tiada kaitan komplot guling kerajaan - Zahid | Politik | Berita Harian http://www.bharian.com.my/node/75664?m=1

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menegaskan tiada seorang pun anggotanya terlibat dalam komplot seperti yang didedahkan melalui poster yang disiar oleh sebuah blog.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/18/bnbbc/

Tidak mahu ketinggalan hari ini  sebuah NGO YAS turut meminta agar nama dalang yang terlibat didedahkan.

Berita bertajuk ' Yayasan Ayahanda gesa Zahid dedah tokoh Umno mahu guling kerajaan http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yayasan-ayahanda-gesa-zahid-dedah-tokoh-umno-mahu-guling-kerajaan

Ternyata kenyataan Zahid Hamidi telah mendapat respon banyak pihak. Kesungguhan pembangkang menafikan dan kembali menyerang Zahid membuktikan pendedahan beliau bukan berdasarkan maklumat kedai kopi tahap cap ayam.

Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Tun Hussein turut menyokong kenyataan TPM yang dilapor Mstar :

@mstaronline: Hishammuddin Yakin TPM Ada Bukti Kukuh Tentang Komplot Guling Kerajaan http://t.co/ZLmF4bZTrL

Bahkan paling nyata ramai menafikan mereka berpakat dengan pembangkang dan tampil dengan kenyataan menzahirkan kesetiaan kepada Perdana Menteri.

Jika Zahid tidak berani dedahkan dalang konspirasi ini mungkin pada sambutan Merdeka  31 Ogos depan Malaysia sudah diambil alih oleh Pakatan dan tidak akan ada lagi keistimewaan dan Hak Bumiputera Melayu dalam kamus pemerintahan negara di bawah kekuasaan mereka.

Ini bukan kali pertama MP BN cuba dibeli bahkan pada 16 September 2008  http://www.mykmu.net/2012/09/16-september-mengingati-pembohongan-anwar/

Ketika itu ekonomi sedang meleset sama seperti hari ini.

Kerana wang dan kuasa manusia mudah gelap mata dan bukan sedikit kisah kejatuhan sesebuah empayar bermula dengan pengkhianatan yang bermula dari dalam. Seperti Si Kitol yang khianat hingga tumbang Empayar Melayu Melaka pada 1511.

Kerana musuh Islam tahu Melayu sukar dikalahkan dan hanya perbalahan dari dalam akan membuka peluang pengkhianat memecahkan lantai perpaduan dan menenggelamkan kapal kemakmuran Malaysia yang dilayari selama ini.

Semenanjung Emas ' Golden Chersonese' Malaysia akan terus digilai musuh Islam dari dulu kini dan selamanya namun kekuatan ulama pewaris nabi dibelakang ulil amri akan terus menjadi nadi dan  tunjang negara  menghalang perkara ini dari berlaku.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate