Gaya penuh pengalaman YAB TPM Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi
menyertai Kembara Mahkota Johor 2015
YAB TPM menunggang sendiri motorsikal berkuasa tinggi sebaik tiba
dengan helikopter dari Putrajaya
Lokasi pertama Kembara Mahkota Johor di Kg Sri Gading Chaah Segamat
Aksi TPM bersama mantan TPM buat kali pertama bertemu di khalayak ramai selepas rombakan Kabinet pada 29 Julai 2015 lalu
Cubaan pembangkang dan pembangan mahu keruhkan hubungan dua pemimpin ini gagal hasil
ilmu yang disusuli amal dan iman yang tinggi kepada Allah
Bacaan doa mohon berkat Maha Esa
TPM bersama DYMM Sultan Johor
Sumbangan derma kepada Yayasan Kanser oleh Kerajaan Malaysia
Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama TPM Malaysia yang baru
SEGAMAT: Kembara Mahkota Johor (KMJ) hari ini menyaksikan gandingan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunggang motosikal berkuasa besar.
Perjalanan sejauh 80.9 kilometer ke Kampung Sri Gajah, Chaah, Segamat dari Padang Awam Lenga, Muar itu, mengambil masa kira-kira sejam.
Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan Jabatan Perdana Menteri masing-masing sebanyak sejuta ringgit kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan Tabung KMJ kepada Sultan Ibrahim.
Turut berangkat ke Padang Awam Lenga ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bersama-sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che' Puan Khaleeda Bustamam serta putera-putera baginda.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh.
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kembara-mahkota-johor-ketemukan-sultan-ibrahim-ahmad-zahid-dan-muhyiddin-69403
Tiada ulasan:
Catat Ulasan