Pengikut Blog Panglima

13 Disember 2015

BN, parti komponen perlu agresif menangi hati rakyat - TPM | Politik | Berita Harian

BN, parti komponen perlu agresif menangi hati rakyat - TPM | Politik | Berita Harian

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan semua parti komponen perlu lebih agresif memenangi hati rakyat dalam memastikan kesinambungan kepercayaan dan kesetiaan terhadap kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan 'spiritual happines' iaitu kegembiraan dalaman perlu disuntik dalam kalangan masyarakat dengan mengenepikan perbezaan bangsa, agama, bahasa serta latar belakang berbeza.

"Selama ini 'physical happines' diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sekolah serta pelbagai bantuan lain tetapi tidak ada penghargaan diberikan mereka (rakyat).

'Kita perlu pastikan spiritual happines diterima rakyat supaya mereka faham. Tidak ada gunanya buat Perhimpunan Agung setiap tahun, pidato yang lunak tetapi kosong di dalamnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (myPPP) ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. Yang turut hadir, Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, satu kerusi Parlimen akan diberikan kepada myPPP sekiranya BN memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga jumlah kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Lepas kita menang, itu janji saya sekurang-kurangnya satu kerusi (Parlimen) akan diberikan. 'Ia bagaimanapun, menuntut kerja kerja kuat dan bijak daripada seluruh kepemimpinan dan ahli," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104689?m=1

Catat Ulasan