Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Januari 2016

Pengawal Warga Asing - TPM @Zahid_Hamidi Janji bertindak | Harian Metro

Janji bertindak

Melaka: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan menyemak sendiri laporan sebuah akhbar mengenai 40,000 warga asing haram bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata, KDN meletakkan syarat hanya warga Nepal yang pernah berkhidmat sebagai anggota tentera atau polis saja diterima sebagai pengawal keselamatan sah di negara ini.

Menurutnya KDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menarik balik lesen kawalan keselamatan ke atas syarikat yang didapati menggajikan pengawal keselamatan warga asing haram.

"Kita siasat dulu, ia tidak boleh hanya berdasarkan laporan media. Memang keutamaan sepatutnya diberikan kepada pengawal keselamatan warga tempatan dan KDN memberikan latihan kepada mereka dalam program pengawal keselamatan yang disijilkan.

"Jika ada mana-mana syarikat kawalan keselamatan menggajikan pengawal keselamatan bukan negara sumber (Nepal), KDN boleh menarik balik lesen," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul-Albab, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Selain itu, lembaga pengarah di setiap syarikat pengawal keselamatan juga diwajibkan memberi kursus khas pengawal keselamatan dan menyalurkan maklumat kepada pemegang saham.

Zahid turut mendedahkan lebih 100 syarikat sudah ditarik balik lesen, selain dikenakan amaran terakhir atas pelbagai kesalahan oleh KDN yang dilakukan tanpa pilih kasih, sekali gus membuktikan ketegasan kementerian itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam mengenai sekurang-kurangnya 40,000 pengawal keselamatan warga Pakistan, India dan Bangladesh, berkerja secara haram di negara ini.

http://www.hmetro.com.my/node/105380?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate