11 Fakta penting untuk memahami isu kemasukan 1.5 juta Bangladesh ini :
1. Jumlah 1.5 Juta Bangladesh yang akan diterima masuk Malaysia (selepas ditapis dan jalani pemeriksaan kesihatan) adalah selepas pekerja PATI (pekerja asing tanpa izin) dihantar pulang. http://www.bharian.com.my/node/63633
2. Tempoh kemasukan mereka adalah antara tiga hingga lima tahun bukan sekaligus tahun ini ( 2016) http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1-5-juta-pekerja-bangladesh-bukan-masuk-serentak-8211-tpm-1.189470
3. Pemilihan Bangladesh atas kerjasama G to G Plus kerana beberapa faktor seperti amanah dan dipercayai oleh majikan. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemasukan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-tidak-bermotif-keuntungan-ahmad-zahid-79502
4. Mereka akan ditempatkan bagi sektor difficult,dangerous and dirty yang tidak diminati rakyat tempatan. Demi memastikan peluang pekerjaan yang diminati oleh orang tempatan tidak terjejas.
5. Majoriti masyarakat Islam di Malaysia sesuai dengan pekerja Bangladesh yang majoriti adalah Islam.
6. Isu ini tidak ada kaitan dengan pihak adik Menteri dalam Negeri kerana mereka tidak meminta kontrak kerajaan tetapi hanya menawarkan sistem bagi urusan membawa masuk pekerja Bangladesh atas dasar hubungan antara dua negara seperti penjelasan di sini https://www.malaysiakini.com/news/308117
7. Minit dalam dokumen yang disebarkan Malaysiakini juga tidak membawa unsur kronisme kerana pihak Menteri meminta KSU untuk ambil tindakan membuat perbandingan kepada syarikat adik beliau bukan meluluskannya.
8. Majikan tidak dapat menawarkan gaji lebih tinggi kepada warga tempatan kerana faktor kos dan sikap orang tempatan yang tidak mampu memenuhi kehendak pemain industri di bidang 3D - difficult dangerous dirty.
9. Cadangan NGO IKHLAS mahu dinaikkan gaji untuk pekerja tempatan tentu sukar dipenuhi kerajaan dan majikan kerana ia melibatkan kos sangat besar https://www.malaysiakini.com/news/330373
10. Jika gaji dinaikkan sudah tentu kesannya barang juga akan naik sekaligus akan menjadi masalah lain yang juga akan dibebani atas kerajaan iaitu Barisan Nasional.
11. Menteri Belia Khairy Jamaluddin juga mengakui golongan beliau tidak menggemari sektor 3D dan masalah pekerja asing akan selesai jika belia sanggup mengisi kekosongan pekerjaan tersebut http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/khairy-zahids-remark-realistic-youths-dont-want-dirty-dangerous-jobs
"Cadangan (bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh) telah mencetuskan banyak reaksi.
"Apa yang dikatakan oleh TPM (Zahid) adalah permintaan untuk pekerja buruh di ladang-ladang, tapak pembinaan dan industri perkhidmatan. Kawasan di mana tidak ada permintaan (untuk bekerja) dari pekerja tempatan.
"Jika belia Malaysia sanggup bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan ladang-ladang maka sudah tentu kita dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing,"
https://www.malaysiakini.com/news/330350
Satu analisa bagus tentang isu Bangladesh boleh dilayari di sini http://www.bicara.news/1-5-juta-pekerja-bangladesh-di-mana-silapnya-2/ yang mengupas tentang konsep G to G Plus yang telah diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini.
Jika negara kekurangan pekerja sudah tentu pembangunan tidak akan dapat dicapai oleh Kerajaan sekaligu merencatkan usaha mencapai Wawasan 2020 beberapa tahun lagi.
Jika negara kekurangan pekerja sudah tentu pembangunan tidak akan dapat dicapai oleh Kerajaan sekaligu merencatkan usaha mencapai Wawasan 2020 beberapa tahun lagi.
Lampiran Berita
AHMAD ZAHID HAMIDI
PUTRAJAYA 11 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia bukannya dilakukan secara serentak sebaliknya dibuat berperingkat-peringkat merangkumi tempoh tiga hingga lima tahun.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, tiada angka mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kerana pengambilan akan bergantung kepada keperluan sebenar pihak majikan di negara ini dan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan meluas dalam media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.
"Harus diketahui mereka (pekerja Bangladesh) tidak diambil bekerja dengan jumlah yang besar dalam satu-satu tahun, ia akan ambil masa yang panjang, pada masa yang sama, mereka yang tidak ada dokumen akan balik ke negara asal.
"Ini harus diketahui dan saya harap dengan penjelasan ini tidak timbulkan interpretasi yang pelbagai dan tuduhan-tuduhan yang amat mengelirukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pembangunan dan Pengurusan Industri Halal Malaysia di Perdana Putra di sini hari ini.
Kelmarin, kerajaan Bangladesh meluluskan draf memorandum persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia dan perkara tersebut menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak mengenai lambakan pekerja asing di negara ini.
Jelas Ahmad Zahid, secara dasarnya, kerajaan berharap penggantungan pekerja asing dapat dikurangkan di negara ini dan pihak majikan disaran untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan, memberi latihan kepada warga tempatan dalam sektor yang dikuasai pekerja asing serta melaksanakan sistem automasi dalam sektor-sektor tertentu.
"Kita kena ketahui bahawa bukan (kehendak) kerajaan membawa pekerja asing tetapi ia adalah atas permintaan industri dan dewan-dewan perniagaan. Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen dan Bahagian Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri hanya penuhi kehendak dan permintaan pasaran," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Bangladesh itu, Ahmad Zahid memberitahu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem akan berada di Dhaka pada 20 Februari ini untuk perincian dan perjanjian tersebut akan hanya ditandatangani selepas mendapat kelulusan Kabinet.
MoU mengenai penggajian pekerja Bangladesh melalui mekanisme ‘Kerajaan kepada Kerajaan Plus’ (G-to-G Plus) itu akan menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bagi mengawal penglibatan ejen pekerja asing tidak sah dan meminimumkan kos penggajian pekerja.
Menerusi mekanisme berkenaan, pekerja dari Bangladesh tidak lagi terhad bekerja dalam sektor perladangan, sebaliknya, juga dibenarkan untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan.
Kata Ahmad Zahid, pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini perlu mengikuti tiga latihan iaitu latihan dalam bidang pekerjaan diceburi, latihan silang budaya dan latihan dari segi perundangan dan tata etika kehidupan di Malaysia.
Sementara itu, mengulas mengenai isu kadar baharu levi pekerja asing, Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan kadar baharu itu ditangguhkan sementara waktu sehingga perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dengan pihak industri dan dewan-dewan perniagaan diadakan sebelum 20 Februari ini bagi mencapai persetujuan bersama.
Kadar baharu levi pekerja asing yang mula dikuatkuasakan pada 1 Februari lalu menyaksikan pembahagian kepada dua kategori iaitu pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dikenakan kadar RM2,500 bagi setiap orang manakala pekerja dalam sektor ladang dan pertanian dikenakan RM1,500 bagi setiap orang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1-5-juta-pekerja-bangladesh-bukan-masuk-serentak-8211-tpm-1.189470#sthash.vVC5PDXH.dpuf
Belia Malaysia Perlu Ambil Alih Kerja Dalam Industri 3D – Ahmad Zahid
SHAH ALAM, 14 Feb – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu belia tempatan ambil alih kerja di sektor yang dikategorikan sebagai 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu perlu kerana tenaga kerja asing kini menguasai sektor tersebut, yang membabitkan industri peladangan, perkilangan, pembinaan dan pembersihan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata berikutan tiadanya belia tempatan yang sanggup bekerja di bidang tersebut telah menyebabkan pihak industri terpaksa mengambil pekerja asing.
“Inilah masalah kita. Bukan kerajaan tetapi pemain industri yang ingin membawa masuk pekerja asing ke Malaysia kerana pekerja tempatan cuma mampu bertahan satu hingga tiga bulan sahaja dalam sektor itu.
“Saya bukan cabar pemain industri, majikan, persatuan berkaitan tetapi belia-belia untuk bekerja di dalam sektor dinyatakan. Ambil alih sektor tersebut daripada pekerja asing,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor kali ke-32 di sini hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan negara juga memerlukan kepakaran daripada pekerja mahir dan separa mahir dalam sektor tersebut bagi membangunkan ekonomi negara.
“Saya percaya majikan, persatuan, pengilang, dan yang berkaitan boleh mencari pekerja mahir dalam kalangan orang tempatan selain mengambil pekerja asing,” katanya.
Baru-baru ini, kerajaan dilaporkan merancang untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.
Cabaran timbalan perdana menteri kepada belia Malaysia supaya mengisi pekerjaan yang dilakukan oleh warga asing bagi menghentikan kebanjiran kemasukan pekerja asing, berdepan dengan cabaran balas dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia ( IKHLAS).
Cabaran balas dari IKHLAS kepada Putrajaya ialah supaya kerajaan menetapkan gaji permulaan berasaskan industri, bermula dari RM1,200.
"Tidak perlu lagi warga asing," kata Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, sambil menambah bahawa itulah cabaran IKHLAS jika kerajaan benar-benar hendak membantu rakyat dan bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.
Berikut adalah gaji dan insentif yang IKHLAS percaya dapat menarik minat rakyat tempatan:
+ Pekerja am kilang pekerja am: RM1,500
+ Pencuci: RM1,200
+ Pengawal keselamatan: RM1,500
+ Pekerja ladang: RM1,500
+ Buruh pembinaan: RM1,500
+ Pembantu rumah: RM700 + RM200 elaun khas yang dibayar oleh kerajaan
+ Atendan stesen minya: RM1,300;
+ Pembantu mini mart: RM1,000;
+ Pekerja supermarket: RM1,300;
+Pekerja pasar basah/borang: RM1,000/1,300
+ Buruh am: RM1,300/1,500
Insentif tambahan:
+ Rawatan perubatan percuma;
+ Perllindungan insurans;
+ Caruman majikan kepada KWSP dan Perkeso;
+ Bonus Perkhidmatan RM10,000 (15 tahun perkhidmatan) dan RM15,000 (25 tahun perkhidmatan);
+ Mereka yang bekerja sehingga umur 55 tahun dan bersara di beri elaun sara hidup sehingga umur 65 tahun sebanyak RM300 sebulan oleh kerajaan;
+ Mereka yang bekerja melebihi 5 tahun dengan majikan yang sama boleh buat pinjaman perumahan dan kereta;
+ Kenaikan gaji tahunan 5/10 peratus setahun;
+ Bagi pekerja Islam yang bekerja lebih 15 tahun dengan majikan yang sama, boleh menunaikan umrah dengan 50 peratus sumbangan dari tabung haji dan 30 peratus sumbangn majikan dan 20 peratus sendiri.
Bermula bulan Julai, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ialah RM1,100 sebulan dan RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak.
Dhaka minggu lalu menandatangani memorandum persefahaman untuk membolehkan pekerja am Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia.
Terdapat 1.5 juta pekerja dalam pangkalan data kerajaan Bangladesh itu, untuk memohon pekerjaan di Malaysia.
https://www.malaysiakini.com/news/330373
KHAMIS, 25 JUN 2015 @ 10:20 PM
1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk - Zahid
ALOR GAJAH: Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.
"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Bagaimanapun, inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini. Ahmad Zahid berkata, pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.
Beliau berkata, majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63633
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63633
Tiada ulasan:
Catat Ulasan