Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 April 2016

Wanita Mati Renjatan Eletrik Telefon di Malaysia dan Iphone 4 & 5 di China / Rusia @Youtube




  
Tidak dapat dipastikan jenis telefon wanita yang maut ini namun kebanyakan pengguna Iphone pasti akan pernah merasa aliran eletrik jika menggunakan Iphone semasa dicaj tanpa sebarang pelapik / penutup di badannya...



Kes 2013 

ARKIB : 17/07/2013

Panggilan maut iPhone 5

Ma Ailun 
 
 
BEIJING 16 Julai - Seorang pramugari warga China, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefon pintar iPhone 5 ketika telefon itu dicas.
Laporan kematian Ma Ailun, 23, tersebut yang disebarkan di Internet oleh adik perempuannya, menimbulkan kritikan berjuta-juta pengguna telefon pintar tersebut di negara ini terhadap pengeluar telefon itu, Apple Inc.

Pramugari China Southern Airlines yang bakal berkahwin pada bulan depan itu, dilaporkan membeli telefon tersebut di kedai rasmi Apple di Xinjiang pada Disember lalu.
Adik lelakinya, Yuelun memberitahu akhbar Hong Kong, Apple Daily bahawa telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk siasatan.

"Keluarga saya percaya, kakak saya meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefonnya. Telefon itu serta aksesorinya telah diserahkan kepada pihak berkuasa China,'' katanya.
Adiknya dalam laman sosial China, Weibo berkata, Ailun membeli iPhone 5 itu di sebuah kedai rasmi Apple pada Disember lalu dan menggunakan alat pengecas asli ketika mengecas telefon tersebut.
Dalam pada itu, Apple memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap kematian tersebut, kejadian terbaharu yang memberi tamparan kepada syarikat teknologi berkenaan di pasaran kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pihaknya menyiasat kejadian itu sebagai kes terpencil atau menimbangkan untuk menarik semula produk berkenaan. - Agensi





Kes lain melibatkan Iphone 4 ( Tahun 2013 )

 Kes kematian Ma Ai Lun yang terkena renjatan elektrik pada iPhone saat dicharge nampaknya bukan kes yang  pertama. Kes yang sama berlaku pada lelaki berumur 30 tahun bernama Wu Jian Tong yang terlantar  koma selama 10 hari akibat terkena renjatan eletrik pada iPhone 4 yang sedang dicharge.

  Dikutip dari Cnet, Wu Jian Tong pada tanggal 8 julia yang lalu ditemui terlentang di lantai setelah terdengar dia menjerit . Adik perempuan yang melihat Wu Jian Tong terkena renjatan elektrik dengan pantas  mencabut charger dan merasakan bahawa arus elektrik itu masih terasa saat dirinya apabila sudah mencabut charger iPhone 4 tersebut. 

  Wu Jian Tong pengsan akibat kejutan elektrik dan  juga diperkukuhkan oleh doktor di hospital tempat Wu Jian Tong dirawat.

  "Tidak diragukan lagi bahawa dia (Wu Jian Tong) koma akibat terkena renjatan elektrik" ujar doktor tersebut. 

 Wu Jian Tong masuk ke rhospital dalam keadaan tidak bernafas, tapi berjaya diselamatkan

  Sayangnya setelah 3 hari berlakunya insiden itu, keadaan tubuhnya kembali memburuk dan masih koma hingga kini.

  
 Terkena renjatan elektrik pada iPhone 4 bukan insiden yang pertama di china .

Wu Jian tong terlihat menangis kerana anaknya masih koma


 Setelah insiden tersebut, adik perempuan Wu Jian Tong mengatakan bahawa charger yang dipakai oleh kakaknya adalah charger KW dan bukan original dari Apple. Anehnya, charger dan iPhone 4 yang digunakan Wu Jian Tong tersebut masih dalam keadaan normal.

  2 kes yang menimpa pengguna iPhone di China menunjukan bahawa ada beberapa perkara yang mesti diperhatikan ketika mempunyai telefon pintar. Salah satunya ialah charger yang dipakai sebaiknya sesuai standard pengilang, hal ini dimaksudkan untuk mencegah hal-hal yang tidak diingini.



iPhone Jatuh Dalam Tab Mandi, Wanita Mati Direnjat Elektrik ( Tahun 2015 )
 

Yevgenia Sviridenko

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Moscow mati terkena renjatan elektrik selepas iPhone 4 miliknya yang sedang dicaj bateri terjatuh ke dalam tab mandi.

Yevgenia Sviridenko, 24, ditemui oleh teman rumahnya terlantar dalam tab mandi itu pada Isnin malam, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda seperti dipetik oleh Moscow Times.

Menurut teman serumah gadis itu, Yaroslav Dubinina, 23, dia pada mulanya hairan melihatkan kawannya itu berlama-lama dalam bilik mandi.

“Saya masuk dan nampak dia terlantar pucat-pasi dalam air. Telefonnya juga ada dalam air. Saya tarik dia keluar dan perasan tubuhnya menggeletar kerana renjatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar.

Srividenko dipercayai menggunakan telefon pintarnya itu semasa berbaring dalam tab mandi kerana dia dikesan melawat laman jaringan sosial, VKontakte tidak lama sebelum dia meninggal dunia.

VKontakte ialah laman jaringan sosial seperti Facebook yang cukup popular di kalangan pengguna bahasa Rusia.

Petugas perubatan yang tiba dengan ambulans selepas panggilan kecemasan cuba menyelamatkan Sviridenko tetapi gagal.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang gadis 16 tahun mati di republik Bashkortostan selepas membawa alat caj telefonnya ke dalam bilik air ketika hendak mandi.

Laporan awal mendapati gadis itu mati akibat renjatan elektrik tetapi siasatan masih lagi dijalankan, lapor akhbar di Rusia.- Awani


http://www.suara.tv/2015/02/13/iphone-jatuh-dalam-tab-mandi-wanita-mati-direnjat-elektrik/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate