Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 November 2016

29 Orang termasuk Ketua, pengikut Syiah ditahan | Harian Metro

Ketua, pengikut Syiah ditahan

Melaka: Dua puluh sembilan individu termasuk lapan wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di dua lokasi malam tadi, dipercayai terbabit dengan kegiatan Syiah di sekitar negeri ini.

Serbuan dilakukan bermula 11 malam di rumah inap desa (homestay) di Umbai, Jasin, disusuli serbuan kafe siber di Telok Mas di sini pada 1.30 pagi.

Menurut sumber, serbuan itu dilakukan JAIM bersama anggota cawangan khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Difahamkan, polis dan JAIM menahan ketua kumpulan, lelaki berusia 42 berasal dari Kedah, ketika melakukan kegiatan dipercayai ajaran Syiah di homestay di Umbai. Ketika serbuan dilakukan, terdapat 19 pengikut lelaki dan lapan wanita dalam homestay terbabit.

"Kira-kira 15 barang kes dirampas di lokasi pertama, yang turut menyaksikan 15 kanak-kanak berusia sebulan hingga 14 tahun dibawa bersama ibu bapanya," katanya.

Sumber juga memberitahu, seorang lagi suspek 41 tahun dipercayai penggerak ajaran di negeri ini, ditahan di kafe siber di Telok Mas dan 28 barang disita dipercayai bahan, dokumen mahupun buku berunsur syiah dan Imam Mahdi.

Katanya, kain rentang, bendera, batu karbala, keris dan komputer turut dirampas.

Dalam pada itu, Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani mengesahkan tangkapan itu.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana menghina Islam," katanya ketika dihubungi.

http://www.hmetro.com.my/node/183294


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate