Pengikut Blog Panglima

12 November 2016

Dulu Mantan TPM Muhyiddin #LovePM kini Mula #FreeAnwar

Kuasa Allah siapa boleh jangka mengubah hati dan takdir manusia.

Hari ini seorang kaya boleh jadi miskin dan esok seorang papa kedana boleh bertukar menjadi sangat mulia dan kaya.

Meskipun kita bersimpati atas dugaan yang dihadapi oleh mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin namun politik tetap politik di mana boleh mengubah yang biasa menjadi luar biasa.

Semua pemimpin dan parti menyatakan perjuangan mereka adalah demi kebaikan namun hakikat sebenar perjuangan hanya Allah sahaja Maha Mengetahuinya.

Kita kasihan kepada YAB PM kerana bekerja keras dan menerima banyak dugaan dan tohmahan namun realitinya kita sedar bahawa beliau adalah orang yang benar-benar dipilih Allah untuk Malaysia.

Mari kita doakan bangsa kita akan kembali bersatu bukan berpecah hingga hancur jadi abu.

Dulu beliau tegar [ Love PM ] kini kerana politik slogan berubah kepada { Free Anwar... }

Alahai....
Catat Ulasan