Pengikut Blog Panglima

22 November 2016

Isu Sial : Tajuddin mahu Khalid Samad mohon maaf atau berdepan tindakan guaman | Astro Awani

Tajuddin mahu Khalid mohon maaf, atau berdepan tindakan guaman

Tajuddin mahu Khalid mohon maaf, atau berdepan tindakan guaman
Tajuddin tidak berpuas hati.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan 'sial' yang disebutkan beliau di luar Dewan Rakyat semalam.

Tajuddin menegaskan, peguamnya akan mengemukakan surat tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan tersebut esok.

"Saya telah berunding dengan peguam saya dan peguam akan hantar surat tuntutan maaf dan menarik balik perkataan sial yang disebutkan semalam.

"Speaker telah buat keputusan dan saya tidak mahu menyusahkan Speaker lagi. Banyak lagi perkara lain untuk dibincangkan di dalam Parlimen," katanya ketika di temui media di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Setelah Khalid berani mengulangi perkataan tersebut di luar Dewan Rakyat, Tajuddin mahu Khalid juga berani membuat memohon maaf dan menarik semula kenyataan tersebut.

Tajuddin menegaskan, jika Khalid enggan memohon maaf, maka tindakan guaman akan dilakukan.

BACA: Khalid enggan tarik balik kenyataan 'sial' terhadap Tajuddin

Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila beberapa wakil rakyat bertikam lidah atas perkataan yang disifatkan sebagai 'tidak senonoh' oleh Timbalan Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Situasi itu tercetus apabila Tajuddin (BN-Pasir Salak) menyebut bahawa Teresa Kok (DAP-Seputeh) adalah satu-satunya wanita yang mempunyai 'kok' di Dewan Rakyat.

BACA: Dewan Rakyat kecoh, ahli parlimen bertikam lidah kerana perkataan 'kok'

Tajuddin seterusnya menegur Teresa, "Seputeh kekeke (ketawa) kenapa? Satu-satunya wanita yang mempunyai "Kok" adalah di Parlimen Seputeh," ujarnya.

Kenyataan itu lantas mengundang reaksi dan kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang bangkit untuk menegur tindakan Tajuddin dan mendesak supaya Timbalan Speaker mengambil tindakan dan meminta Tajuddin menarik balik kenyataan berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian bangun dan memanggil Tajuddin 'sial'.

Ia berbalas dengan Tajuddin mencabar Khalid agar keluar untuk 'menyelesaikan' perkara itu secara bersemuka dan menggunakan perkataan 'sial' di luar parlimen jika berani.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan