Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2016

@KDNPutrajaya larang 21 penerbitan | Astro Awani


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alwi Ibrahim, dalam kenyataan hari ini, berkata dua daripada penerbitan itu dikenakan perintah larangan melalui warta kerajaan bertarikh 4 Julai lepas manakala selebihnya bertarikh 18 Julai.

Menurutnya, penerbitan terbabit bertajuk 'Isu Semasa Dalam Risalah: Kahwin Campur Antara Muslim dengan Non Muslim' dan 'Islam and Homosexuality Volume 1', 'Mencontohi Para Wali', 'Syi'ar Manifestasi Tuhan Dalam Wanita', 'Mereka Adalah Teroris', 'Ibnu Taimiyah: Rekam Jejak Sang Pembaharu', 'Kitab Berlian Syahadat', 'Sejarah Syeikh Abdul Wahab Tuan Guru Babussalaam' dan 'Nabiyyurahmah Min Minzoril Qurani Wa Ahlil Bayt'.

Penerbitan lain termasuk '1,000 Hikmat', 'Misteri Alam Arwah: Persiapan Menjelang Ajal dan Kisah-kisah Mayat', 'Senjata Mukmin', 'Sabda Rasulullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda'. 'Kissing Cousins? Christians and Muslims Face to Face' dan 'A Treasury of Asian Literature'.

Alwi berkata turut dikenakan perintah larangan ialah 'What Went Wrong? The Clash Between Islam and Modernity in the Middle East', 'Nomad: From Islam to America A Personal Journey Through the Clash Civilisations', 'Lesbian Sex Positions', 'Sexual Intimacy for Women' dan 'The Whole Lesbian Sex Book'.

Justeru, katanya, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengedar atau memilkii penerbitan larangan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mendapati masih terdapat buku larangan tersebut di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di talian 03-88868047 atau faksimili ke nombor 03-88891682 atau layari moha.spab.gov.my. - Bernama


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate