Pengikut Blog Panglima

16 November 2016

Lagi Kisah Ketua AMK PKR Ampang Dato Adam Rosly Di Blog Politik Pro PKR dan UMNO

Blog pro pembangkang Ameno World tulis berkenaan Adam panjang lebar di sini :

http://www.amenoworld.net/2016/11/adam-dulu-duduk-pprt-aje-selepas-kerja.html


Blog Umnojuga tulis lagi berkenaan beliau

http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.my/search/label/Proxy%20YB%20Zuraidah 


Blog Suara Baru juga dedah rumah Adam yang lain di Ampang  dan aset yang dimiliki beliau

http://suaramelayubaru.blogspot.my/2016/11/dedah-panas-gabungan-ngo-gerakan-merah.html


Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran. Menunggu penjelasan dari Dato Adam Rosly.


Penjelasan Adam rumah dibida nilai RM1 Juta boleh dilayari di sini

http://theflyingkick.blogspot.my/2016/11/kau-ada-rumah-berjuta-harganya-kereta.html


Adakah ini pertembungan antara Kem Azmin dengan Azizah ???

Zuraidah diketahui penyokong kuat Azmin dan tidak mustahil banyak info untuk menjatuhkan Azmin sudah sampai dan disebarkan oleh Kem Azizah.


 baca kembali kenyataan pegawai Zuraidah di blog http://panggungopera.blogspot.my/


Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang.


Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini. 

Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak. Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.


Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN. 

Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN.


Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka.


PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.
 
‘Branding’ rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan. Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.


Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.


Pengkhianatan dan penghinaan kali kedua kepada Azmin tidak harus dibiarkan berlaku sekali lagi.

Catat Ulasan