Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 November 2016

Sejarah Hidup @realDonaldTrump, Bakal Presiden Amerika Ke-45

Samurai Biru: Siapakah Donald Trump, Bakal Presiden Amerika Ke 45
Donald Trump sudah menang. 

Juara kempen kontroversi sudah dipilih majoriti walau tidak besar beza undi. 

Dunia sedang memerhati. Adakah semakin bagus atau makin keruh.

Kita hanya mampu menunggu ketika ada sebahagian rakyat Amerika kini tidak dapat menerima kemenangan Trump.

Dalam soal takdir ketentuan Allah lebih mendahului.

Kita harap polisi Trump tidak akan menekan Islam dan umatnya yang tidak ekstrem atau Daesh.

Kita mahu kisah Nabi dengan Yahudi diambil contoh bagaimana hubungan baik Islam dengan Yahudi selama mana mereka jujur dengan Pemimpin.

Kisah pengusiran Yahudi hanya berlaku apabila mereka membuat perkara membahayakan Islam sehingga terpaksa diusir dari Madinah.

Betulkan saya jika fakta ini tidak tepat. 

Namun ini yang saya ketahui dalam pembelajaran dan pembacaan saya.

Kita doakan yang terbaik untuk Islam tidak kira siapa yang memimpin Amerika...

Paling kurang masa masih ada untuk kita melihat keputusan dan polisi Trump hasil bantuan penasihat beliau.


Artikel menarik dari blog 

Siapakah Donald Trump, Bakal Presiden Amerika Ke 45



Dunia masih lagi terkejut dengan kemenangan Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump atau The Trump pada pengagumnya. Pada usia yang sudah mencecah angka 70 tahun, ditambah pula dengan keceluparannya sewaktu berkempen, semuanya menjadikan beliau sebagai calon antagonis yang berjaya memenangi White House.

Mungkin, ramai yang hanya mengenali Trump melalui program realiti yang diterbitkannya sendiri, The Apprentice yang cukup popular dengan ayat "you are fired". Hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui latar belakang Trump dengan lebih tepat. Siapakah Donald Trump, sorang ahli perniagaan yang akhirnya mencapai impian lebih 100 juta orang rakyat Amerika untuk menjadi Presiden?

Dilahirkan pada 14 Jun 1946 di Jamaica Estate, Queens, New York, beliau bukanlah dari latar belakang keluarg

a kaya dan aristokrat terkemuka di Amerika. Dengan berketurunan Jerman sebelah bapa dan Scotland sebelah ibu, bapanya Fred hanya seorang broker hartanah kecil-kecilan.

Namun seperti yang selalu diperkatakan Trump, beliau mengagumi bapanya yang bermula dari bawah sebelum beliau sendiri mewarisi perniagaan bapanya dan seterusnya membentuk Trump Organisation seperti yang kita lihat hari ini. Beliau sendiri mengakui, dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja, beliau selalu memikirkan peluang untuknya muncul sebagai jutawan di Amerika.

Trump mendapat pendidikan awal di Akademi Tentera New York pada usia 13 tahun kerana menurut rekod, beliau seorang yang cukup nakal dan sukar dikawal andai Trump di sekolahkan disekolah harian biasa. Namun begitu, walaupun reputasi nakalnya cukup dikenali, dalam pelajaran, beliau cukup cemerlang dalam pendidikan serta aktiviti sosial.

Beliau merupakan seorang bintang atlet dan ketua pelajar di akademi itu sebelum menamatkan pengajian pada tahun 1964. Beliau seterusnya menyambung pengajian di Universiti Fordham sebelum berpindah ke Wharton School of Finance di Universiti Pennsylvania. Dua tahun selepas itu, beliau berjaya menggenggam ijazah dalam bidang ekonomi pada tahun 1968.

Sebaik sahaja memperolahi ijazah berkenaan, sebagai seorang anak lelaki, Trump mula mengikut jejak langkah ayahnya dalam bidang hartanah. Pada 1971, Trump telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih syarikat dan seterusnya mengubah nama organisasi itu kepada Trump Organisation.

Pada tahun yang sama, beliau berpindah ke kediaman baru di Manhattan dan mula mencipta hubungan dengan individu-individu berpengaruh. Percaya dengan prospek kemajuan hartanah di Manhattan, Trump memulakan langkah berani dengan meilbatkan diri dalam projek bangunan besar di Manhattan serta menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi melalui seni bina yang menarik dan maju kehadapan.

Pada tahun 1978, adalah tahun yang tidak akan dilupakan Trump apabula beliau berjaya mendapatkan tender untuk menaikkan status kawasan landasan keretapi barat Manhattan sebagai pusat konvensyen meskipun Amerika pada ketika itu berada dalam kemelesetan ekonomi. Untuk projek ini, beliau berjaya menyiapkan pusat konvensyen berkenaan hanya dalam tempoh 2 tahun.

Lembaran kejayaannya mula diperlihatkan pada tahun 1980 apabila beliau berjaya menyiapkan sebuah hotel Grand Hyatt dengan rekaan seni bina moden oleh Der Scutt dan sekaligus telah meletakkan nama Trump sebagai seorang pemaju yang mempunyai reka bentuk bangunan terbaik di Manhattan pada ketika itu..

Bertitik tolak dari sinilah, beliau mula sedikit demi sedikit mengembangkan bakat perniagaannya dengan mula memasuki kawasan paling elit di Amerika iaitu di New York dan Las Vegas. Namun, kontroversi tidak pernah lari dari kehidupan Trump. Menariknya kontroversi ini hanya melibatkan satu masalah iaitu perempuan cantik.

Beliau adalah penaja utama Pertandingan Miss Universe yang mempersembahkan puluhan gadis cantik untuk dipilih sebagai Miss Universe untuk setiap tahun. Menerusi pertandingan inilah maka Ivana Zalnickova Winklmayr, Marla Maples dan terbaru Melania Knauss menjadi teman hidup Trump.

Daripada ketiga-tiga perkahwinan ini, maka lahirlah Donald John Trump Junior, 38 tahun, Ivanka Trump, 35, Eric Trump, 32 dan Barron William Trump, 10 tahun. Walaupun sudah menempuh 3 perkahwinan, menariknya hubungan Ivana, Marla dan Melania kekal rapat dengan kesemua anak-anak Trump amat rapat dengan Melania selain daripada ibu masing-masing.

Pernahkah kita terfikir bahawa The Apperentice hanyalah sebuah rancangan realiti untuk menunjukkan betapa hebat dan kayanya Trump di Amerika? Jika itu sangkaan ramai, sebenarnya anda tersilap kerana menerusi rancangan inilah, Trump memilih pegawai-pegawai teringginya untuk dihantar berkhidmat di seluruh Amerika.

Inilah latar belakang Donald Trump. Walaupun beliau pernah menafikan beliau sebenarnya berketurunan Yahudi dari sebelah bapa di ibunya, namun menerusi susur galur beliau, Trump sememangnya keturunan Yahudi Eropah dan beliau hanya diselamatkan kerana beliau lahir dan membesar di Amerika walaupun hakikatnya, beliau sememangnya berketurunan Yahudi.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate