Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2016

TPM @Zahid_Hamidi : Semua Pihak Perlu Hormati RUU355 - Utusan Online

Semua pihak perlu hormati RUU355 - TPM

Semua pihak perlu hormati RUU355 - TPM

BANGI 23 Nov. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355 yang merupakan undang-undang untuk orang Islam.


Timbalan Perdana Menteri berkata, kekeliruan tidak wajar berlaku dalam kalangan orang bukan Islam kerana rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Pas itu adalah bukan Hukum Hudud dan sama sekali tidak melibatkan golongan bukan Islam.


Katanya, menerusi perjumpaan beliau bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang Islam semalam, beliau telah memberi penjelasan mengenai tujuan RUU itu bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.


"Undang-undang ini adalah untuk orang Islam, jangan menentang sebelum memahaminya, ini adalah bukan hukum hudud," katanya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Simposium Tahfiz al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Dalam majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur Darul Quran bagi menampung lebih ramai penuntut.


Ahmad Zahid juga menyatakan impiannya untuk melihat Darul Quran dapat menjadi sebuah universiti penuh dan seterusnya melahirkan lebih ramai golongan profesional yang huffaz. - UTUSAN ONLINE


- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/semua-pihak-perlu-hormati-ruu355-tpm-1.411317#sthash.upWN78Nt.dpuf


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate