Pengikut Blog Panglima

12 November 2016

Tun M Akui Pakatan Belum Ada Calon Perdana Menteri #Berita #AstroAwani

Taktik Tun M memang boleh dipuji.

Lihat bagaimana Tun M yang paling dibenci sebelum ini namun kini beliau menjadi insan yang paling diharapkan untuk penyatuan parti pembangkang.

Sebelum ini Anwar kuasai Pakatan, kini beliau menjadi orang penting menyatukan pembangkang.

Anwar kini samada bersaing dengan Tun M atau bersama-sama runding kuasa jika mahu menumbangkan BN PRU akan datang.

Jika bersaing maka Tun M akan beradu kekuatan namun jika berganding maka kekuatan pembangkang akan mengganggu peluang kemenangan BN.

Silat politik Tun M menyebabkan Anwar mati langkah.

Adakah modal jawatan untuk Mukhriz pengganti kepada kemenangan pakatan PRU 14?

Wallahu Alam.

Demi kuasa orang politik sanggup buat apa sahaja. Semua dengan tipu daya, lakonan hebat dan pidato penuh penipuan.

Lihat video ucapan Tun M di konvensyen Pakatan yang dihadiri PKR DAP PAN

https://www.youtube.com/watch?v=6F0hENnWfGQ&sns=em

Walau apa jua niat kita harapkan rakyat tidak akan berpecah.

Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran ekonomi yang berpanjangan.

Dunia semakin suram dengan peperangan namun kita jangan menambah lagi kesuraman dengan pertelingkahan dan demo jalanan yang tidak memberi persepsi positif kepada negara di mata pelancong atau pelabur yang mahu datang menumpang keberkatan bumi ini.

Kepada rakyat jangan gadai undi untuk pakatan yang belum boleh diharap untuk terajui negara walau banyak janji manis yang ditaburkan.

Siapa jadi PM pun masih belum dapat diputuskan maka bagaimana mahu menentukan keputusan siapa bakal PM Malaysia jika rakyat sudah hadiahkan kemenangan besar kepada mereka?

Dulu Melayu Anwar Kini Melayu Tun Mahathir bersama Melayu Muhyiddin Melayu Shafei pula menjadi insan yang gigih mahu menumbangkan parti Melayu yang pernah diterajuinya dahulu.

Dunia mahu kiamat. Moga Allah selamatkan Melayu-Melayu kita semua.
Catat Ulasan