Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mac 2017

@BERNAMA - #LIMA #2017 Dijangka Saksi Pemeteraian Kontrak Lebih RM9 Bilion - Ahmad Zahid


LIMA 2017 Dijangka Saksi Pemeteraian Kontrak Lebih RM9 Bilion -- Ahmad Zahid


LANGKAWI, 21 Mac (Bernama) - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA 2017) dijangka akan menyaksikan pemeteraian kontrak dengan nilai keseluruhan mencecah lebih RM9 bilion sepanjang tempoh penganjuran pameran berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu turut mencerminkan perkembangan industri aeroangkasa negara yang semakin rancak, sekaligus menjanjikan potensi yang baik untuk perkembangan ekonomi negara.

"Saya juga menjangkakan dalam tempoh satu dekad, Malaysia akan menjadi sebuah hab penerbangan," katanya pada majlis pembukaan rasmi Kolej Antarabangsa Penerbangan Yayasan Melaka Langkawi (ICYMLA) di sini, hari ini.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangai memorandum persefahaman (MoU) di antara kolej berkenaan dengan penggiat industri penerbangan termasuk Redlands Aviation, Wakaf Air, MNM Services dan D'Aviation Services serta satu MoU dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Pada edisi LIMA sebelum ini, perjanjian bernilai RM9.29 bilion telah ditandatangani di sepanjang tempoh pameran berkenaan.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata syarikat pengendali kargo perkapalan telah diarahkan untuk hanya mengambil penyelia warga tempatan bagi mengisi jawatan tersebut.

"Pekerja asing tidak boleh diambil sebagai penyelia kerana jawatan tersebut adalah hak kita dan saya telah meminta majikan-majikan supaya memberikan jawatan itu hanya untuk warga tempatan," katanya.

ICYMLA merupakan sebuah institusi latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan menawarkan program latihan bagi lesen penyelengaraan pesawat.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate