Pengikut Blog Panglima

20 Mac 2017

Kenyataan Media NGO ASWAJA : Pemilihan Siti Kasim Dalam Majlis Peguam Malaysia


KENYATAAN MEDIA

Pemilihan Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim adalah satu episod hitam buat Majlis Peguam apabila memilih individu yang penuh dengan kontroversi berada dalam kepemimpinan badan itu.

Pemilihan Siti Kasim bukan saja akan mencalar imej Majlis Peguam yang sebelum ini dipertikai, malah menjadikan perjuangan badan itu semakin tidak relevan.

Pemilihan Siti Kasim dalam Majlis Peguam pastinya mengundang rasa kurang senang umat Islam dan ia bakal melebarkan lagi permusuhan umat Islam dengan individu kontroversi itu yang akhirnya turut mengheret Majlis Peguam.

Apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan perbuatan 'kegeraman melampau' terhadap Siti Kasim yang akhirnya membawa kepada tindakan ekstremis agama.

Oleh itu Majlis Peguam perlu memainkan peranan 'mengawal' Siti Kasim supaya tidak menggunakan platform badan itu untuk terus menentang arus dan mencabar sistem perundangan di negara ini khususnya usaha memartbatkan sistem perundangan Islam.

Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
20 MAC 2017



Usul gesa haramkan arak di program Majlis Peguam ditolak

Posted on Saturday, March 18 @ 21:17:55 MYT 

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Berita

 
KUALA LUMPUR: Usul menggesa melarang hidangan arak pada program-program Majlis Peguam ditolak oleh hampir semua ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan, hari ini. 
 


Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau dan ahli-ahli yang lain menentang usul yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

"Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam.

"Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain," kata beliau kepada FMT.

"Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik."

Kata beliau, usul itu tidak sepatutnya dibawa untuk perbahasan.


"Pun begitu, ia telah ditolak," kata beliau selepas mesyuarat tahunan yang diadakan Hotel Renaissance di sini.

Difahamkan, usul itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi. Ketika laporan berita ini ditulis angka rasmi belum disahkan oleh Majlis Peguam.

Muhammad Rafique Rashid Ali, seorang peguam jenayah juga menentang usul itu.

Dengan memetik al-Quran, beliau juga menyifatkan tindakan membawa usul itu sebagai sesuatu yang tidak Islamik.

"Terdapat ayat-ayat dalam al-Quran yang bercakap tentang larangan pengambilan alkohol oleh umat Islam akan berkuat kuasa secara berperingkat."

"Jadi membanteras alkohol dalam Islam, sejak zaman Nabi Muhammad, telah dilakukan secara berperingkat.

"Mengapa saya petik ini, adalah kerana bukan sahaja usul itu tidak Islamik, tetapi Islam memastikan anda (umat Islam) tidak boleh minum arak, tanpa menyatakan bahawa anda boleh menghentikan orang lain daripada berbuat demikian."

Kata beliau: "Usul itu mahu hidangan arak pada majlis Majlis Peguam dihentikan, yang mana ia tidak Islamik."

Laporan awal minggu ini memetik Amir berkata, penggunaan alkohol dalam acara-acara anjuran Majlis Peguam menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.

Kata beliau, keanggotaan Majlis Peguam terdiri pelbagai kaum dan agama, malah pengambilan arak dilarang oleh hampir semua agama.




Sent from my iPhone
Catat Ulasan