Pengikut Blog Panglima

01 Mac 2017

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM @zahid_hamidi | Semasa | Berita Harian

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM | Semasa | Berita Harian

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Multaqa Pendidikan dan Sosial Majlis Perundingan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, hari ini. - Foto Hafiz Sohaimi

BANGI: Penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kewujudan 343,000 kanak-kanak tidak sah taraf, tahun lalu adalah antara contoh keruntuhan sosial masyarakat yang perlu diberi perhatian serius.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keruntuhan sosial berada pada tahap yang perlu diberikan 'kepedulian yang mendalam' iaitu semua pihak perlu komited untuk mengambil tahu dan berusaha menanganinya.

"Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri mendapati pengedar dadah sedang berusaha untuk mewujudkan permintaan terhadap bahan terlarang ini.

"Dapatan kajian terbaru mendapati umur paling rendah yang menyalahgunakan dadah adalah tujuh tahun....ini kerana mereka meletakkan bahan narkotik dalam gula-gula, makanan.

"Kajian terbaharu juga menunjukkan, dalam kalangan negara ASEAN, makanan seperti roti dan makanan lain diletakkan bahan ini.

"Apabila sistem saraf, pemikiran dan pengaliran darah dikuasai dadah sintetik, ini lebih memburukkan sahsiah masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Multaqa Pendidikan dan Sosial Majlis Perundingan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai anak tidak sah taraf, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan jumlah kanak-kanak itu merangkumi anak kepada pasangan suami isteri yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak boleh menjadi warga negara.

"Kesan jangka panjang menyebabkan berlaku kezaliman kepada anak-anak ini. Pendekatan harus ada kolaborasi antara sistem pendidikan dan kerohanian supaya kita dapat membentuk ummah yang terbaik," katanya.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan