Pengikut Blog Panglima

11 April 2017

Fakta salah tentang P. Ramlee - Selebriti - Utusan Online


Fakta salah tentang P. Ramlee

AHMAD NAWAB menunjukkan album kenangan dirinya bersama P. Ramlee.3
AHMAD NAWAB menunjukkan album kenangan dirinya bersama P. Ramlee.

Membelek kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya, ada kisah yang mengatakan dirinya miskin ketika di akhir kehidupannya.

Dipulau oleh industri dan filemnya tidak mendapat sambutan dek kerana kegemilangan yang sudah mati selepas seniman itu berhijrah ke Kuala Lumpur, dikatakan antara sebab mengapa P. Ramlee jatuh miskin dan meninggal dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973.

Mega baru-baru ini bertemu dengan seorang lagi seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Kedutan di wajahnya langsung tidak meluputkan ingatannya terhadap kenangan-kenangan indah ketika bersama P.Ramlee.

Penting untuk pembaca ketahui, dalam sedia untuk ditemubual, Ahmad Nawab memberikan satu syarat penting kepada Mega untuk dipatuhi. Syarat itu ialah, kami perlu membetulkan semula beberapa fakta yang sama sekali salah tentang seniman legenda itu, yang selama ini telah dianggap sebagai sesuatu yang benar oleh masyarakat.

"Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu," kata Ahmad Nawab kepada penulis, sebelum menyatakan kesediaannya untuk berkongsi cerita dari sudut pandangan peribadinya.

Menyatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk memperbetulkan kepincangan fakta tentang P. Ramlee, Ahmad Nawab tidak mahu seniman negara itu terus dikenang dengan cara yang salah.

Sejak P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dari Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab adalah orang pertama yang dicari P. Ramlee untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur. Nah, di situ kita sudah sedia maklum bagaimana rapatnya dua insan ini dalam ikatan persahabatan, bagai saudara tidak terpisah.

"Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali," katanya, berterus terang.

Banyak yang tidak tahu bahawa P. Ramlee adalah satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat tersebut. Sekitar tahun 1973, P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri. Ahmad Nawab pada ketika itu bersama dengan P. Ramlee telah berjumpa dengan L. Krishnan (kini Datuk L Krishnan), di Titiwangsa untuk bercerita mengenai perkara tersebut.

"L. Krishnan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama P. Ramlee sewaktu di Singapura. Pertemuan itu adalah untuk berbincang mengenai penubuhan sebuah studio, tetapi disebabkan beberapa kekangan selepas itu, perancangan itu gagal.

"Sehinggalah P. Ramlee berjumpa dengan HM Shah, rakan baiknya yang juga seorang ahli perniagaan dan sedia membantu seniman itu dari segi kewangan. Turut sama ketika itu ialah Jins Shamsudin dan Salleh Ghani. Tetapi Jins mahu menjadi ketua ketika itu, tetapi jika dia yang mengetuai, siapa pula yang hendak memberi sumber kewangan?

"Lantas hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya dia kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi telah terlebih dahulu dipanggil Ilahi," jelasnya.

Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee bukanlah sedikit. Untuk sebuah filem sahaja, seniman itu dibayar RM25,000. Sekitar tahun 60-an, sudah semestinya wang sebanyak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Malah, P.Ramlee adalah satu-satunya individu yang dibayar gaji setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.

"Jadi, apa logik kalau hendak kata P.Ramlee miskin? Takkan wang yang diterima saban bulan habis begitu sahaja?


Sepenuhnya sila baca : 

http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/fakta-salah-tentang-p-ramlee-1.208862


Sent from my iPhone
Catat Ulasan