Pengikut Blog Panglima

15 Mei 2017

MBM wajar pelbagaikan komposisi kepimpinan - TPM @Zahid_Hamidi | Semasa | Berita Harian


MBM wajar pelbagaikan komposisi kepimpinan - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikerumuni para belia pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2017. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelbagaikan komposisi kaum dan etnik dalam barisan kepimpinan organisasi untuk terus memayungi belia seluruh negara .

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepelbagaian itu penting bagi memberi ruang kepada semua kaum dan etnik memimpin belia di bawah satu pertubuhan induk, sekali gus menyampaikan pandangan dan hasrat mereka.

"Saya menyarankan supaya MBM melihat kembali kepelbagaian yang ada dan mesti terdiri daripada seluruh komposisi kaum dan etnik di negara ini.

"Ia bagi membolehkan MBM menjadi sebuah pertubuhan induk yang memayungi semua belia," katanya ketika berucap Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2017 dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2017 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden MBM, Mua'ammar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Ahmad Zahid juga berkata, kerajaan sedia meluluskan peruntukan RM10 juta bagi dana pentadbiran kepada MBM dan seluruh persatuan belia di bawahnya bagi menjalankan aktiviti dan program memperkasa golongan belia.

"Ini juga sebagai suntikan semangat kepada golongan belia dan kita mahu terus memartabatkan golongan ini mengikut acuan politik kita agar negara dapat terus dipertahankan," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/282816?m=1


Sent from my iPhone
Catat Ulasan